Sikap menghalang pihak yang tidak berpuas hati terhadap satu-satu keputusan adalah sikap yang mementingkan diri dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin walau di peringkat mana sekalipun.
Ia adalah sikap yang memalukan dan inilah antara ciri utama seorang pemimpin yang kaki bodek. Membodek adalah sikap yang perlu ada kepada pengikut atau penyokong supaya dengan demikian dapat mengangkat martabat pemimpin mereka.
Tapi dari konteks tindakan pihak Istana yang telah melakukan kekilafan dengan membenarkan Shafie selaku Ketua Menteri pada masa itu membubarkan DUN malah Shafie sendiri yang mengumumkannya adalah tindakan yang wajar untuk dipersoalkan dan diheret ke Mahkamah untuk diadili.
Secara prinsipnya sebelum membubarkan DUN wajib mengambil kira jumlah majoriti yang dimiliki pihak yang bergeser. Tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak, kerana ia akan menyebabkan tindakan yang diambil dinilai “bias” dan memalukan Institusi Beraja di Malaysia memandangkan Institusi ini adalah benteng terakhir bagi rakyat mencari keadilan.
Amat tidak wajar bagi seseorang yang membahasakan dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak berani melihat keadilan dituntut oleh pihak yang merasakan telah dianiaya.
Itu bererti Kenyataan senator Andrian yang mempertikaikan tindakan Tan Sri Musa Aman dan kumpulannya sebagai biadap dan tidak menghormati kuasa perlembagaan negeri Sabah hanya kerana mereka mempersoal tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh “TYT” adalah dakwaan yang bacul tidak bertanggungjawab, mentah, tidak prihatin dan poyoh sebagai pemimpin masyarakat.
Begitu juga dengan kenyataan dari Wirawati Warisan yang menggesa agar kertas siasatan dibuka terhadap seorang NGO Zulkarnain setelah menghina yang di-Pertuan Negeri Sabah TYT, Tun Juhar. Ia adalah gesaan yang terburu-buru, mentah dan cetek. Hakikatnya tidak timbul kekecohan hingga membuat masyarakat emosi seperti yang berlaku jika tindakan yang diambil tidak melanggar perlembagaan atau undang-undang. Ini dia punya isu. Oleh itu cukup dengan gesaan menuntut agar NGO berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Semalam Tan Sri Musa Aman dan 32 Adun telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap TYT dan Shafie Apdal sebagai responden setelah membubarkan DUN tanpa mematuhi perlembagaan negeri dibawah artikel 21(2) Perlembagaan Sabah dan artikel 7(1). Hakim telah mendengar hujah pemohon dan 17hb Ogos 2020 adalah penentu sama pembubaran DUN Sabah sahih atau sebaliknya.
Hanya menggunakan landasan undang-undang persoalan seperti ini dapat diadili berbanding mengheret masyarakat Sabah ke tengah jalan.
Tindakan undang-undang adalah cara terbaik untuk mengajar atau menghukum pihak yang tidak menghormati perlembagaan atau Undang-undang itu sendiri.
- Curi Karan di Semporna Janganย Salahkan Orang Kampung Bodoh Tapi Mana Tanggungjawab ShafieSemporna dilaporkan merekodkan kadar kecurian elektrik tertinggi di Sabah, iaitu 32 peratus. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan kehilangan hasil kepada Sabah Electricity, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna yang membayar bil…. Continue Reading →
- Bersuara dari Australia, Merayu Indonesia, Rakyat Sabah KelucuanSebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu yang memperkenalkan diri sebagai orang Sabah telah menarik perhatian. Dalam video tersebut, mereka mendakwa mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah daripada Malaysia, malah dilaporkan meminta bantuan kerajaan Indonesia… Continue Reading →
- Universiti Awam di Tawau Cadangan Hajiji Atau Shafie?Ternyata cadangan atau idea membina University Awam di Tawau hanyalah pancingan Shafie dan bukanlah idea yang baharu. Seawal 1 Februari 2026, YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sudah menyambut… Continue Reading →
- 291 Projek Pembangunan Siap Di Sabah – Nizam TitinganSebanyak 291 projek pembangunan siap di Sabah pada 2026, menunjukkan kemajuan pelaksanaan pembangunan negeri. Antara jenis projek yang dikenal pasti ialah kemudahan pendidikan, termasuk Sekolah Menengah Sains Sabah di Kota Kinabalu dan… Continue Reading →
- Pan Borneo Sabah RM155 Juta, Siapa Bertanggungjawab?Menurut laporan Utusan kerajaan bersetuju membayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan selepas kontraknya ditamatkan pada 2019. Ini ialah penyelesaian tuntutan kontrak, bukannya peruntukan membina jalan… Continue Reading →





















Tindakan mencabar TYT Sabah di mahkamah ini sepatutnya ditolak oleh mahkamah kerana ia melanggar perlembagaan negara.
Di Sabah, Tuan Yang Terutama (YYT) itu kepala Negeri Sabah, sama seperti Gabenor di Melaka dan Pulau Pinang, Sultan di 8 buah Negeri di Semenanjong dan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia. Mereka semua KETUA NEGARA. Kedudukan mereka setaraf.
Menurut Perlembagaan Malaysia, semua
mereka ini tidak boleh disaman. Jadi, memang kurang ajarlah mereka yang menyaman TYT ini. Langsung tidak hormat Ketua Negeri kamu. Period.
Uikk ini bukan saman lah ini adalah semakan keputusan yang telah dibuat.
Kalau pun ada saman, ia boleh dilakukan melalui perlembagaan khas.
MENCABAR atau MENYAMAN. Sama je. Mahkamah tak patut layan. Ia melanggar PERLEMBAGAAN.
Kamu konerlah ke kiri dan ke kanan. Kamu nak tipu siapa….?????
Keputusannya sama je. Mahkamah akan tolak petition kamu. Hehehe
Kenapa kamu takut sangat dgn Prk. Buksnkah Ini masanya dua-dua pihak membuktikan sejauh mana rakyat menyokong kamu ?
Oleh kerana bermatian Musa mecabar TYT supaya mahkamah membatalkan keputusannya membubar Parlimen, sah Musa Aman tahu Shafiee Afdal akan menang bergaya.
Hahaha. Alah hal yang sama telah berlaku sebelum ini sebab itulah UMNO bertapak di Sabah. Haha.