291 Projek Pembangunan Siap Di Sabah – Nizam Titingan

Sebanyak 291 projek pembangunan siap di Sabah pada 2026, menunjukkan kemajuan pelaksanaan pembangunan negeri.

Antara jenis projek yang dikenal pasti ialah kemudahan pendidikan, termasuk Sekolah Menengah Sains Sabah di Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan Buit Hill di Penampang. Projek seumpama ini penting untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata pencapaian itu turut disokong peningkatan prestasi perbelanjaan pembangunan Persekutuan di Sabah daripada 52.07 peratus pada 10 Ogos kepada 71.78 peratus setakat 26 Oktober lalu.

Justeru itu beliau mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Iya wajarlah dihargai. Kalau bukan seorang Ketua Menteri berkomitmen tinggi, tegas dalam pelaksanaan, peka terhadap keperluan rakyat serta memastikan setiap perancangan disusuli tindakan dan pemantauan. Hasilnya, projek berjaya disiapkan, ertinya peruntukan dimanfaatkan dengan berkesan dan kemudahan yang dapat digunakan oleh rakyat.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑