
Sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu yang memperkenalkan diri sebagai orang Sabah telah menarik perhatian. Dalam video tersebut, mereka mendakwa mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah daripada Malaysia, malah dilaporkan meminta bantuan kerajaan Indonesia bagi menjayakan hasrat berkenaan.
Bangsa KDMR ni kalau sudah terhasut bodohnya tidak boleh lagi diajak berunding.
Tiba tiba merayu pertolongan Indonesia. Sedangkan di Sabah majoriti bangsanya menganggap Indonesia negara miskin dan bodoh serta paling jelas sangat anti pada PTI berasal dari Indonesia.
Apa yang menarik, individu-individu ini dikatakan berada di Australia, tetapi menyeru rakyat yang tinggal di Sabah supaya bertindak. Saranan yang bodoh.
Di Sabah sentimen keluar Malaysia sering dijadikan modal kempen setiap pilihan raya tetapi keputusannya amat mengecewakan mereka.
Memang mudah melaungkan perjuangan dari jauh apabila orang lain yang diminta berada di barisan hadapan dan menanggung segala akibatnya.
Persoalannya, apakah keberanian sebenar di sebalik seruan itu? Adakah mereka sendiri bersedia pulang ke Sabah, memimpin gerakan tersebut secara terbuka dan memikul segala risiko politik, undang-undang serta sosial yang mungkin timbul?
Atau mereka sekadar mahu menjadi wira di hadapan kamera, sedangkan rakyat Sabah dijadikan pelaksana kepada agenda yang ditolak oleh majoriti penduduk negeri ini?
Kumpulan yang dikaitkan dengan gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) bukanlah nama baharu dalam wacana politik Sabah. Gerakan ini sudah lama membawa idea pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.
Jangan sesekali menganggap bahawa beberapa individu yang bercakap lantang di luar negara mempunyai hak untuk menentukan masa depan seluruh rakyat Sabah. Mereka sendiri mendapat pendidikan di Malaysia sebelum berpindah ke luar negara dan menjadi macai. Entah entah puak ini bekerja sebagai tukang kutip buah.
Mengapa Nama Indonesia Dibawa?
Satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan ialah tindakan mengaitkan kerajaan Indonesia dengan tuntutan tersebut.
Mengapa Indonesia? Atas dasar apakah mereka mengharapkan sebuah negara asing membantu usaha memisahkan Sabah daripada Malaysia?
Tidak mustahil penyebutan nama Indonesia turut menarik perhatian segelintir pengguna media sosial yang masih setia pada bendera merah putih walaupun sudah menjadi warganegara orang. Makanya isu ini cepat viral walaupun hanya berkisar dikalangan mereka dan mereka sendiri tidak faham pun, apa itu MA63!
Disini yang berhati hati bukan kerajaan Sabah, tapi mereka yang syok sendiri setelah nama negara mereka dijadikan sandaran olok olok. Masa tidak sedar kalau kedudukannya sekarang ibarat “Bangsat tak tahu disukarnya”
Ada satu ironi yang sukar diabaikan.
Selama berdekad-dekad, Sabah menjadi antara destinasi warga Indonesia mencari pekerjaan dan membina kehidupan. Mereka terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi, termasuk perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan perniagaan.
Ada juga yang membina keluarga serta memilih untuk menetap secara tetap di Malaysia, termasuk mereka yang memperoleh kewarganegaraan melalui saluran undang-undang.
Keadaan ini menunjukkan bahawa Malaysia, termasuk Sabah, mempunyai daya tarikan ekonomi dan peluang kehidupan tersendiri.
Maka apabila sebuah kumpulan meminta bantuan kerajaan Indonesia untuk memperjuangkan pemisahan Sabah, wajarlah ditanya apakah rasional, kepentingan dan implikasi diplomatik di sebalik langkah sedemikian.
Ini bukan soal memperlekehkan Indonesia atau rakyatnya. Ini soal kebijaksanaan politik dan kewajaran melibatkan negara asing dalam isu yang menyentuh masa depan Sabah.
Aku sering berpolemik dengan mereka yang mengajak orang lain menyertai SSKM. Kalau benar serius mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah, tunjukkan dahulu komitmen melalui tenaga, masa atau wang ringgit. Berkorbanlah sendiri sebelum mengajak orang lain, biar rakyat menilai keikhlasan perjuangan itu. Jangan hanya pandai berlagak sebagai mastermind dengan strategi kononnya hebat, sedangkan kehidupan sendiri pun masih kais pagi makan pagi. Kalau diri sendiri pun gagal diurus, bagaimana mahu mengurus sebuah negara?
Persoalan paling penting, jika Sabah benar-benar berjaya keluar daripada Malaysia, siapa pula yang akan mentadbir Sabah? sudah tentu bukan dikalangan KDMR pro SSKM kerana tidak akan diundi oleh kaum dan bangsa lain. So?





















Leave a Reply