Sebab Star pilih sokong Kerajaan GRS: Jeffrey | Daily Express Malaysia – Sabah’s Leading News Portal

Jeffrey berkata Star Sabah mengadakan perbincangan menyeluruh bersama ahli jawatankuasanya sebelum mencapai kata sepakat untuk menyokong kerajaan. Kota Kinabalu: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata keputusan menyokong Kerajaan Negeri diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah selaras dengan kehendak majoriti ahli serta pemimpin bahagian parti di seluruh Sabah. Menurut Ahli... Continue Reading →

KM Terima Kunjungan JK Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.Kunjungan itu diketuai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan yang turut menyampaikan jemputan rasmi serta memberi... Continue Reading →

Sokongan Padu Rakyat Penting Demi Merealisasi Agenda Pembangunan Negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri."Aspirasi saya sebagai Ketua Menteri adalah untuk melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat. Justeru, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan pembangunan rakyat dan negeri ini," katanya di... Continue Reading →

Kerajaan Negeri Akan Pastikan Akses Pendidikan Untuk Semua Anak Sabah

TAMPARULI: Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada anak Sabah, khususnya daripada kumpulan B40, tercicir dalam mendapatkan akses kepada peluang pendidikan.Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 sebelum ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk bantuan persekolahan dan biasiswa bagi menyokong proses pembelajaran serta merapatkan jurang... Continue Reading →

LPPB Bina 29,443 Rumah Kos Rendah Seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berjaya membina sebanyak 29,443 unit Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di seluruh Sabah sepanjang hampir enam dekad penubuhannya, sekali gus membuktikan peranan strategik agensi itu dalam merealisasikan agenda perumahan rakyat negeri ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, selain pembinaan perumahan awam kos rendah,... Continue Reading →

Projek Grid Kuasa Bagi Memperkukuh Sistem Bekalan Elektrik Sabah

KOTA KINABALU: Projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah-Sarawak akan memperkukuh sistem bekalan elektrik Sabah agar menjadi lebih stabil, boleh dipercayai dan mampan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor."Ini juga akan membawa kepada pengurangan kebergantungan terhadap penjanaan berasaskan bahan api fosil secara berperingkat, memperkukuh margin rizab elektrik Sabah, serta meningkatkan lagi keyakinan pelabur... Continue Reading →

KM Terima Kunjungan Perpisahan Duta Besar AS ke Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.Dalam pertemuan itu, Hajiji merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Edgard atas khidmat bakti beliau sepanjang tempoh bertugas di Malaysia, khususnya dalam memperkukuh... Continue Reading →

KM Mahu Lebih Ramai Anak Sabah Sandang Jawatan Tinggi Di Persekutuan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap lebih ramai anak Sabah yang berkelayakan dapat menyandang jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan, termasuk di Putrajaya. Beliau berkata, anak Sabah perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia menerima penempatan di luar negeri ini, termasuk di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, bagi memastikan penyertaan... Continue Reading →

Sabah Alu-alukan Singapura Buka Konsulat Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Singapura membuka pejabat konsulatnya di Kota Kinabalu pada tahun ini, yang mampu memperkukuh hubungan dua hala antara Sabah dan republik itu.Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pembukaan konsulat berkenaan mempunyai kepentingan strategik merangkumi aspek ekonomi, diplomatik, pelaburan, perdagangan dan keselamatan, khususnya melibatkan Sabah dan Singapura.Beliau... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑