KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila bila masa sekiranya keadaan mengizinkan.
Kami akan meminta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.
Hajiji berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Hj Yahya, semalam, susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin with wife Datin SerI Zizie Ezette walking out after being charged at the Kuala Lumpur court in Jalan Duta.
AZHAR MAHFOF/The Star
Semalam terbaca kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Adun Lamag, Datuk Bung Mokhtar. Dimana dia tidak berpuas hati bila Kementerian Kewangan Negeri Sabah menghadkan kuasanya selaku Menteri di Kementerian Kerja Raya.
Wajarlah di hadkan tu, ada kes rasuah yang belum selesai di Mahkamah kan!
Menurut Datuk Bung, Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah menganugerakan kerja penyeliaan jalan di peringkat Majlis Perbandaran dan Daerah kepada kontraktor tertentu.
Apa boleh buat, sebaiknya Datuk Bung belajar menerima kekurangan dirinya selaku pemimpin politik. Apa lagi dalam keadaan sekarang dimana tidak ada parti yang benar benar mendominasi keadaan, UMNO khususnya kalau di Sabah ibarat telur di hujung tanduk. Sedikit kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO di negeri Sabah, pasti dapat menebalkan lagi kebencian masyarakat politik untuk menolak UMNO. Jangan pernah lupa dengan fakta yang calon UMNO kalah kepada calon Bebas dalam pilihan raya negeri Sabah 2020.
Bila Kementerian Kewangan Negeri Sabah seolah olah membelakangkan portfolionya selaku Menteri Kerja Raya. Mesti ada sebabnya tu antara lain supaya tidak berlaku pembaziran dan syarikat yang dilantik benar benar berkemahiran serta berkeupayaan. Memandangkan Datuk Bung masih terlalu baru dalam portfolio yang melibatkan prasarana jalan raya.
Era mengalibabakan projek kerajaan di negeri sudah berakhir walaupun cuba dipraktikkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini. Jadi dengan demikian ia telah menjadi tugas kerajaan negeri pula untuk membenterasnya atau paling tidak mengurangkannya.
Datuk Bung Mokhtar masih dalam proses perbicaraan rasuah di Mahkamah. Jadi dengan menghadkan kuasa beliau, itu secara tidak langsung dapat menarik kepercayaan rakyat Sabah untuk mendokong lagi kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Sekaligus menutup persepsi negatif yang selama ini berjaya disebarkan oleh pembangkang. Dibawah ini adalah keratan akhbar berhubung kes rasuah yang dihadapi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Bung Mokhtar dan isteri.
Bayangkan jika kuasa penuh tetap diberikan pada Wakil Rakyat yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Bukan kah ia menjadi bola tanggung kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Sudah tentu pasti!
Lihat apa berlaku pada kerajaan Warisan, bila Peter Anthony terus berkuasa penuh selaku Menteri Infrastruktur Negeri Sabah, walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah atau penipuan di Mahkamah yang melibatkan wang rakyat. Warisan ditumbangan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Keputusan pilihan raya negeri Sabah 2020 juga menunjukkan rata rata calon Warisan yang berjawatan dalam Parti dan kerajaan negeri Warisan sebelum itu mendapat majoriti yang sangat tipis dibawah 500 undi.
Hari ini Warisan terpinga pinga mencari parti untuk dijadikan rakan sekutu bagi menjalankan konspirasi “rampasan” kuasa, namun sehingga saat ini Warisan gagal melakukannya. Orang atau parti yang tidak maklum saja yang sanggup merosakkan reputasi mereka setelah berkerjsama dengan Warisan. Tengok apa berlaku pada UPKO, seronoknya sekejap saja, tinggal satu kerusi.
Jadi begini, selesaikan dulu kes rasuah yang ada di Mahkamah tu, barulah selepas itu boleh diberikan tanggungjawab yang penuh. Jangan gara gara nafsu yang gagal dikawal menyebabkan BN ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum yang akan datang, ini memandangkan UMNO atau BN adalah juga sebahagian dari kerajaan GRS. Bermaksud sekiranya ramai calon daripada BN yang kalah sudah tentu pasti ia akan menjejaskan dominasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Jangan lupa tenang apa yang dinyatakan Datuk Rahman Dahlan pasal kepimpinan Bung Mokhtar semasa krisis mereka memuncak. Apa Rahman kata Bung tu terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah yang tidak melayakkannya untuk mengetuai UMNO Sabah. Ternyata telaan Rahman itu ada kebenarannya. Bila UMNO hanya mampu memenangi 14 kerusi iaitu tidak sampai separuh dari 41 kerusi yang disertai pada pilihan raya negeri Sabah 2020.
Menjadi seorang pemimpin atau wakil rakyat ini, kenalah berani mengakui kelemahan diri demi kebaikan parti secara keseluruhannya. Jangan mudah melata atau bersikap ego sentrik.
Lain macam kenyataan Tajuddin tu kalau sebelum ini semacam lantang menghalalkan perbuatan memperalatkan UMNO untuk menyelamatkan diri dari tuduhan salahgunakuasa tetapi kali ini agak berbeza.
Kenyataan pada waktu itu merujuk pada pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah kerana salahgunakuasa.
Kali ini agak berbeza ada yang mencadangkan agar Presiden UMNO Zahid meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi mendapat sokongan daripada ahli-ahli majlis atau ahli UMNO itu sendiri.
Semalam kecoh pasal berita, UMNO tidak lagi bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional. Walaubagaimana pun ia dinafikan oleh Penerangan UMNO sebagai tidak benar kerana kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya.
Pun begitu ada juga yang mendakwa sebenarnya, memang UMNO tidak lagi ingin bekerjasama dengan PPBM tinggal lagi kehendak itu hanya datang dari pendapat peribadi Presiden UMNO Zahid Hamidi yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang mana ingin kekal dalam Perikatan Nasional seperti mana PPBM dan UMNO di Sabah.
Tajuddin juga mendakwa Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sudah keterlaluan dalam memperalatkan parti untuk kepentingan dirinya. Sepatutnya kalau menurut Tajuddin, Zahid Hamidi memberanikan diri untuk berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Sekaligus Tajuddin mempersoalkan siapa UMNO dibawah kepimpinan Zahid adakah untuk kelangsungan UMNO atau untuk kepentingan yang lain.
Sebenarnya kan masalah yang dihadapi oleh UMNO tidak hanya datang dari Zahid Hamidi seorang. Ramai lagi yang menyumbang kamu pun tahu. Puad Zarkashi dan beberapa jentera UMNO tidak terkecuali yang cakap meroyan tidak tentu pasal. Tujuan mereka untuk menyakitkan hati lawan tetapi tanpa mereka sedari rakyat sedang memerhatikan mereka. Rupanya masih menghidap penyakit angkuh dan tidak boleh ditegur.
UMNO tu belum pulih dari persepsi jelek rakyat. Di Semenanjung tu masih ramai rakyat yang anti pada kekayaan pemimpin pemimpin UMNO. Lihat saja bila tersebar berita seorang Exco UMNO membeli motosikal antara paling mahal di dunia. Mau robek dinding Facebook tu mereka kerjakan.
Dari perkembangan ini maka terjawablah, mustahil UMNO meninggalkan PPBM. Betul tak apa yang admin kata dua hari lepas.
Jadi itu bermakna tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Hah pergi potong jari kamu orang. Hahaha!
Ada dua nama Tajuddin dalam UMNO tu satu atitude kutub selatan satu lagi utara. Tapi tak apalah Tajuddin yang ini adalah Ketua Bahagian UMNO Paya Besar. Kedua duanya agak spoken.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu) berjaya menawan Sabah atau mengalahkan Warisan dan sekutunya maka Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan sedemikian ketika hadir di Pejabat Bersatu Sabah bagi mengiringi Datuk Hajiji Noor ke dewan penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.
Selain itu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata antara matlamat utama Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Bersatu BN, PBS, SAPP, PBRS, MCA dan STAR ialah menumbangkan parti Warisan dan menggantikannya dengan Perikatan Nasional. Dalam pada itu kesetiaan sesama parti harus diperkuatkan dan bersedia untuk melupakan hal yang sudah berlaku demi apa yang dipanggil sebuah kemenangan.
Inilah bukti permainan Parti Warisan yang telah melampaui batas politik. Ini juga bukti yang admin tidak saja saja membabitkan agama dalam politik melainkan apa yang admin lakukan hanyalah mempertahankan diri atau bercakap apa adanya. Sekaligus menunjukkan kepada masyarakat siapa Warisan yang sanggup melakukan apa saja demi pengaruh parti.
Gereja pun mereka kunjungi, kerana mereka tahu sekiranya seorang agamawan berjaya dipengaruhi maka kesannya mereka mampu mempengaruhi masyarakat yang ada di sekelilingnya untuk menyokong Warisan.
Oleh itu jangan kamu tu tuduh admin ini memainkan sentimen agama dan bangsa ya. Kamu tengok dulu Parti Warisan apakah benar bersih atau lempar batu sembunyi tangan.
Artikel di bawah adalah berhubung kekecohan yang dicetuskan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal semasa berucap di Gereja disatu gereja, ketika itu Warisan baru nak bertapak.
Dalam ucapan Shafie dia mendakwa pemimpin pemimpin KDMR tidak prihatin terhadap agama mereka sebaliknya sanggup berkerjasama dengan UMNO dan PAS sebagai pelampau agama. Pemimpin yang dia maksudkan ialah PBRS Joseph Kurup, PBS Joseph Pairin Kitingan dan UPKO Wilfred Madius Tangau.
Klik link dibawah sekali tu dan baca. Artikel itu bertarikh 24 November 2017
Berkenaan penafian yang dibuat oleh Pastor George selepas tersebarnya kenyataan Presiden Warisan semasa berucap di Majlis Perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang berlangsung di daerah Keningau. Menurut Pastor George Timus, Perjumpaan ramah-mesra pemimpin Parti Warisan Sabah bersama ketua-ketua Gereja di Keningau baru-baru ini (19.11.2017) merupakan perjumpaan yang berbentuk dialog dan ini menunjukkan sikap keterbukaan yang […]
Sikap menghalang pihak yang tidak berpuas hati terhadap satu-satu keputusan adalah sikap yang mementingkan diri dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin walau di peringkat mana sekalipun.
Ia adalah sikap yang memalukan dan inilah antara ciri utama seorang pemimpin yang kaki bodek. Membodek adalah sikap yang perlu ada kepada pengikut atau penyokong supaya dengan demikian dapat mengangkat martabat pemimpin mereka.
Tapi dari konteks tindakan pihak Istana yang telah melakukan kekilafan dengan membenarkan Shafie selaku Ketua Menteri pada masa itu membubarkan DUN malah Shafie sendiri yang mengumumkannya adalah tindakan yang wajar untuk dipersoalkan dan diheret ke Mahkamah untuk diadili.
Secara prinsipnya sebelum membubarkan DUN wajib mengambil kira jumlah majoriti yang dimiliki pihak yang bergeser. Tidak boleh hanya mendengar sebelah pihak, kerana ia akan menyebabkan tindakan yang diambil dinilai “bias” dan memalukan Institusi Beraja di Malaysia memandangkan Institusi ini adalah benteng terakhir bagi rakyat mencari keadilan.
Amat tidak wajar bagi seseorang yang membahasakan dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak berani melihat keadilan dituntut oleh pihak yang merasakan telah dianiaya.
Itu bererti Kenyataan senator Andrian yang mempertikaikan tindakan Tan Sri Musa Aman dan kumpulannya sebagai biadap dan tidak menghormati kuasa perlembagaan negeri Sabah hanya kerana mereka mempersoal tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh “TYT” adalah dakwaan yang bacul tidak bertanggungjawab, mentah, tidak prihatin dan poyoh sebagai pemimpin masyarakat.
Begitu juga dengan kenyataan dari Wirawati Warisan yang menggesa agar kertas siasatan dibuka terhadap seorang NGO Zulkarnain setelah menghina yang di-Pertuan Negeri Sabah TYT, Tun Juhar. Ia adalah gesaan yang terburu-buru, mentah dan cetek. Hakikatnya tidak timbul kekecohan hingga membuat masyarakat emosi seperti yang berlaku jika tindakan yang diambil tidak melanggar perlembagaan atau undang-undang. Ini dia punya isu. Oleh itu cukup dengan gesaan menuntut agar NGO berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Semalam Tan Sri Musa Aman dan 32 Adun telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap TYT dan Shafie Apdal sebagai responden setelah membubarkan DUN tanpa mematuhi perlembagaan negeri dibawah artikel 21(2) Perlembagaan Sabah dan artikel 7(1). Hakim telah mendengar hujah pemohon dan 17hb Ogos 2020 adalah penentu sama pembubaran DUN Sabah sahih atau sebaliknya.
Hanya menggunakan landasan undang-undang persoalan seperti ini dapat diadili berbanding mengheret masyarakat Sabah ke tengah jalan.
Tindakan undang-undang adalah cara terbaik untuk mengajar atau menghukum pihak yang tidak menghormati perlembagaan atau Undang-undang itu sendiri.
Dari “utara” sampai ke Sabah tampaknya pemilihan yang dijalankan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi ini penuh dengan insiden pergaduhan. Akibat didakwa berlaku penipuan semasa proses pembuangan undi dan menambah jumlah undi dimana… Teruskan membaca Team Zahid Kalah Pemilihan UMNO Johor Cetus Pergaduhan
Pergaduhan sewaktu Mesyuarat Perwakilan atau Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu tahun 2023. Entah siapa yang memulakan provokasi itu. Memandangkan insiden ini telah sampai ke pengetahuan pihak Polis, jadi kita tunggu saja dapatan… Teruskan membaca Bertumbuk Semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu
Pada penyokong UMNO tunggu dulu, jangan dulu bersuka ria . Ini kerana walaupun Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah kerana tuduhan rasuah atau salah guna kuasa. Tapi ada perbezaan kes diantara Muhyiddin, Najib,… Teruskan membaca Perbezaan Kes Muhyiddin Dengan Najib, Zahid & Ku Nan
Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas.
UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.
Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.
Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.
Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.
Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.
Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!
Dari “utara” sampai ke Sabah tampaknya pemilihan yang dijalankan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi ini penuh dengan insiden pergaduhan. Akibat didakwa berlaku penipuan semasa proses pembuangan undi dan menambah jumlah undi dimana bila… Teruskan membaca Team Zahid Kalah Pemilihan UMNO Johor Cetus Pergaduhan
Pergaduhan sewaktu Mesyuarat Perwakilan atau Pemilihan UMNO Bahagian Lahad Datu tahun 2023. Entah siapa yang memulakan provokasi itu. Memandangkan insiden ini telah sampai ke pengetahuan pihak Polis, jadi kita tunggu saja dapatan mereka,… Teruskan membaca Bertumbuk Semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu
Pada penyokong UMNO tunggu dulu, jangan dulu bersuka ria . Ini kerana walaupun Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah kerana tuduhan rasuah atau salah guna kuasa. Tapi ada perbezaan kes diantara Muhyiddin, Najib, Zahid… Teruskan membaca Perbezaan Kes Muhyiddin Dengan Najib, Zahid & Ku Nan
Sebagai Ketua Menteri Shafie hanya ada hak atau autoriti. Menasihat atau menyampaikan hasratnya pada TYT sekiranya DUN boleh dibubarkan.
Selepas itu TYT akan memanggil kedua belah pihak bagi mengetahui kedudukan sebenar kenapa ada pihak yang tidak berpuas hati pada Ketua Menteri yang sedang memerintah Sabah.
Usai segala maklumbalas diterima, dihitung dan dinilai barulah TYT boleh membuat keputusan yang adil dan saksama dan selepas itu pihak Istana akan berhubung dengan Tuan Speaker dan Setiausaha negeri untuk memaklumkan keputusan yang telah diambil. Sama ada membubarkan DUN atau Ketua Menteri yang menyandang dikehendaki meletakkan jawatan dan akan diganti oleh orang lain.
Ini tidak apa yang berlaku adalah sebaliknya. TYT tidak memanggil pihak Tan Sri Musa bagi mendapatkan maklumat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Nampak sangat fungsi Istana telah didominasi atau Shafie tidak mendaulatkan TYT.
Kurang itu Ketua Menteri Shafie sendiri yang mengumumkan pembubaran DUN itupun dilakukan di bangunan pentadbiran kerajaan. Ironinya “Warta Kerajaan” hanya ditunjukkan selepas beberapa jam Shafie membubarkan atau menunjukkan surat pembubaran DUN.
Sepatutnya Warta TYT bukan Warta Kerajaan yang menjadi waran ditunjukkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubaran DUN walaupun pada hakikatnya Ketua Menteri tidak ada hak berbuat demikian.
Sekiranya tindakan Shafie itu diakui maka di masa mendatang andai satu satu Ketua Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun kerana didapati menyalahgunakan kuasa. Maka demi untuk menyelamatkan jawatan Ketua Menterinya dia hanya perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Wow, begitulah sampai kiamat.
Sebab itulah tindakan Ketua Menteri Shafie untuk mengadakan pilihan raya bagi kononnya menyelesaikan kemelut SD hanyalah retorik yang jelas untuk kepentingan diri mereka semata-mata.
Itulah pentingnya dokumen SD atau akaun bersumpah dijadikan asas utama bagi mengukur sokongan majoriti terhadap seorang Ketua Menteri yang sedang menyandang. Supaya dia tidak boleh bertindak sesuka hati.
Apa bezanya tindakan Ketua Menteri yang tidak berprotokol itu dengan tindakan seorang Ketua Kampung yang tolol. Sepasang suami isteri yang minta diadili malah dijatuhkan hukuman agar sang suami menceraikan isterinya dan Ketua Kampung akan mengahwininya?
Sewajarnya dan selayaknya Tan Sri Musa Aman mempersoal tindakan Ketua Menteri Sabah Shafie yang memohon agar Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan oleh TYT. Memandangkan seluruh negeri Sabah sedang berhadapan dengan ancaman wabak Covid 19 selain faktor SD yang memihak Tan Sri Musa Aman.
Pagi tadi Tan Sri Musa Aman telah menyerahkan 33 dokumen akuan bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah. SD itu adalah pernyataan sokongan 33 Adun terhadap Tan Sri Musa Aman bagi menggantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Soal beliau, bagaimana DUN boleh dibubarkan sedangkan kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Adalah tidak wajar lebih-lebih lagi sekarang kita berdepan dengan wabak Covid 19.
Khabar lain yang admin terima. Pihak Istana tidak mengangkat panggilan telefon dan banyak songeh bila ada pihak yang cuba mengadap.
Jelas yang menjadi pertanyaan orang awam ialah kenapa yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bukan pihak Istana tapi Ketua Menteri yang sudah kehilangan sokongan majoriti.
Namanya juga memohon pada TYT tapi yang mengumumkan Ketua Menteri. Apa cerita ni, alahai.
Betul jugalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di masa yang akan datang. Ini kerana GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen yang utuh.
Begitu pendapat Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.
Justeru yang membimbangkan GPS ialah kerjasama dalam Perikatan Nasional yang turut disertai parti PAS dan sebenarnya UMNO tinggal lagi tidak dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkenaan. He!
Ini kerana parti PAS ditolak oleh majoriti masyarakat Sarawak kerana bimbang PAS akan menjejaskan keharmonian mereka. Maksudnya kerjasama GPS dengan PAS dalam Perikatan Nasional akan kelak menjejaskan undi GPS andai keberadaan PAS dalam Perikatan Nasional dari konteks Sarawak tidak ditangani dengan sebaiknya. Kalau kena caranya maka okeylah.
Sebenarnya bukan hanya PAS. UMNO juga ditolak oleh pengundi di negeri Sarawak sebab itulah sehingga hari ini UMNO tidak dibenarkan bertapak di negeri itu. Justeru wujudnya kerjasama politik yang jelas dengan UMNO dijangka akan mempengaruhi populariti GPS di kalangan masyarakat Sarawak.
Di Sabah juga begitu sukar bagi PAS untuk menempatkan diri mereka. Walaupun sudah lama bertapak dan sudah beberapa kali ikut bertanding di pilihanraya tapi belum berjaya memenangi walau satu kerusi.
Penerimaan masyarakat Sabah terhadap UMNO selepas pilihan raya yang lepas nampaknya agak berkurangan ia disebabkan oleh beberapa faktor yang menyangkut kredibiliti kepimpinan UMNO Semenanjung dan Sabah. PAS sebagai liabiliti dalam Muafakat Nasional dari konteks Sabah adalah faktor yang juga menyumbang kepada penolakan masyarakat Sabah terhadap UMNO.
Dari itu kita boleh membuat kesimpulan mudah rupa-rupanya Muafakat Nasional tidaklah berapa menguntungkan Perikatan Nasional Sabah dan Sarawak kerana ada halangan tersendiri yang mesti ditangani. Salah langkah akan menyebabkan kerajaan Sarawak berpindah tangan dan itu sudah tentu akan menyebabkan Perikatan Nasional lemah hingga tidak lagi mampu menentukan jawatan Perdana Menteri dari kalangan Perikatan Nasional itu sendiri.
Justeru kenapa belum apa-apa lagi sudah ada di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang berlagak abang besar. Semacam tidak pandai menjaga hati kawan, Bersatu dan parti tempatan Sabah Sarawak yang lain.
Kenyataan yang kita dengar daripada UMNO.
UMNO akan meninggalkan Perikatan Nasional bila tiba pilihanraya. UMNO enggan berbahagi kerusi tapi dalam masa yang sama tetap bekerjasama. Banyak lagi kenyataan yang retorik pelik seolah-olah UMNO tidak ada sifat setia kawan dan mudah mengambil keputusan menikam kawan dari belakang.
Persoalan lain yang sepatutnya menjadi tanda tanya. Mampukah BN dan PAS di Semenanjung mengambil separuh daripada kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP pada pilihan raya lepas. Kita cakap separuh bukan semua kerusi, mampukah? Kalau tidak mampu dan waktu itu kerusi PN berkurangan di Sabah dan Sarawak lalu siapa yang menjadi pembangkang selepas itu? He!
Maksudnya daripada UMNO membuat kenyataan provokasi hingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perikatan nasional maka lebih diam saja.
Terutama di Sabah tu berikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Datuk Hajiji Noor selaku Pengerusi Bersatu Sabah.