Universiti Awam di Tawau Cadangan Hajiji Atau Shafie?

Ternyata cadangan atau idea membina University Awam di Tawau hanyalah pancingan Shafie dan bukanlah idea yang baharu. Seawal 1 Februari 2026, YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sudah menyambut baik cadangan penubuhan institusi pengajian tinggi atau universiti Islam bagi melengkapkan ekosistem pendidikan agama di Sabah.

Jadi, apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan oleh Shafie? sebab Kolej Komuniti Semporna pun dia gagal pertahankan.

Tiada apa pun. Malah cadangan Shafie itu hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengekalkan sokongan pengundi Bugis yang menyokong Warisan di daerah Tawau. Seolah-olah dia sendiri mula menyedari bahawa sokongan mereka semakin berkurang.

Kenyataan Hajiji mengenai cadangan institusi pengajian tinggi atau universiti Islam itu direkodkan dalam laporan Utusan Borneo bertarikh 1 Februari 2026 — “Kerajaan negeri puji SAN Apas Balung guna teknologi AI”. Laporan ini menjadi rujukan bagi kenyataan beliau tersebut.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑