Sokongan Warisan Di Sabah Semakin Suram – Nizam

Memang benar pun sokongan ke atas parti Warisan sudah berkurangan atau suram, mana kan tidak. Semporna yang menjadi kubu Presiden Warisan pun bergolak setelah beberapa pemimpin yang menjadi kepercayaan Shafie Apdal secara peribadi, meninggalkan parti Warisan.

Bab kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tinggal hanyalah mereka yang sanggup macai atau wa laun.


TAWAU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyatakan bahawa sokongan rakyat terhadap Parti Warisan (WARISAN) semakin suram sejak akhir-akhir ini.

Katanya, Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika ini sudah tidak mendapat kepercayaan dan ditolak oleh rakyat.

“Sokongan ahli dan pemimpin WARISAN sendiri juga semakin pudar menyebabkan ramai yang bertindak keluar parti.

“Malah, di kawasan Parlimennya di Semporna juga, ramai ahli dan pemimpin di beberapa cawangan WARISAN sudah mengumumkan menyertai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, berkata demikian ketika ditemui media dalam program ‘Mangrove Tree Planting’, di sini hari ini.

Menurutnya, kenyataan Shafie yang menafikan tindakan 3,400 pemimpin dan ahli daripada 69 cawangan WARISAN Semporna keluar parti juga hanya mahu menutup kelemahan dirinya sahaja.

“Shafie seolah-olah tidak menyedari bahawa WARISAN sememangnya sudah tidak lagi menjadi pilihan rakyat di Sabah.

“Dia (Shafie) sebenarnya tahu, hampir semua kawasan di negeri ini termasuk di Semporna sudah menolak WARISAN dan ingin bersama dengan kerajaan yang ada,” katanya.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah berkata, dia sendiri sudah berhubung dengan pihak yang menyertai Gagasan Rakyat termasuk bekas Naib Ketua Bahagian WARISAN Semporna.

“Saya juga difahamkan sebenarnya ahli dan cawangan WARISAN yang ingin menyertai Gagasan Rakyat masih ramai.

“Kita dapat lihat semakin hari sokongan WARISAN di Sabah semakin malap disebabkan rakyat sudah mula menyedari hanya kerajaan negeri sekarang dapat membela rakyat,” katanya.

— Hamzah Sanudin

https://gagasanrakyat.my/sokongan-warisan-di-sabah-semakin-suram-nizam/

Video Rasmi KM Hajiji Menuntut 40% Hasil Sabah Dari Persekutuan

Hujah Ketua Menteri Sabah di Dewan Undangan Negeri berhubung 40% hasil Sabah

Hah ini jawapan “langsung” ketua menteri Sabah ke atas fitnah dan pembohongan pemimpin dan jentera Warisan yang mendakwa kononnya kerajaan GRS tidak menuntut hasil Sabah 40% dari kerajaan persekutuan.

Menurut mereka ia berdasarkan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Hajiji seperti link dibawah, link ini  juga menjawab fitnah mereka.

Warisan Berbohong Pasal MA63 & 40% Royalti Minyak Versi GRS

Tidak cukup dengan semua di atas yang membuktikan kerajaan Sabah GRS konsisten menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963. 

Saya juga ada menerbitkan artikel yang bertajuk seperti dibawah. Artikel ini ditulis pada tahun 2022 yang mendesak kerajaan persekutuan agar segera menuntaskan tuntutan 40% hasil Sabah. Sekali lagi ini membuktikan kerajaan GRS sejak dari dulu komited menuntut 40% hasil Sabah.

Sebelum laskar Warisan sengaja menyebarkan maklumat kononnya Ketua Menteri Sabah tidak menuntutnya. Munafiknya mereka.

Hasil Kutipan 40% Pulangkan Balik Pada Sabah

KM Hajiji Tetap Menuntut 40% Hasil Sabah, Aziz Jamman Jangan Kuat Minta Puji

Kalau kita ikuti komen atau hujah pemimpin dan jentera Warisan. Kita dapati seolah-olah 40% boleh di tuntut secara paksa, sedangkan siapa pun yang menjadi kerajaan negeri Sabah ia harus dituntut melalui perundingan atau jika terdesak harus dijalankan melalui  perundangan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Masidi Manjun sebelum ini. Dimana kerajaan negeri GRS akan menggunakan pendekatan undang-undang jika 40 persen tidak direalisasikan secara total oleh kerajaan persekutuan. 

Berdasarkan komen laskar Warisan juga seolah olah Sabah tidak lagi berada dalam kerajaan Malaysia. So sepatunya tuntutan 40% dibuat melalui tribunal antarabangsa. Kalau begitu kenapa Warisan yang menjadi kerajaan di peringkat persekutuan tidak mengugut Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, siapa tahu Warisan akan dikeluarkan dari kerajaan. Hahaha.

Warisan sembang saja yang lebih, hakikatnya semasa mereka menjadi kerajaan negeri, mereka tidak berani membuat tuntutan. Ia berdasarkan dakwaan Tun Dr Mahathir dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut  waktu itu. Bahwa Warisan tidak mampu berbuat apa selaku kerajaan negeri dan Warisan takut mengemukakan tuntutan sebab itulah Tan Sri Dr James Jemut menasihatkan Shafie agar selepas itu jangan lagi mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963. 

Warisan Meroyan Bila Tahu GRS Berjaya Merealisasikan Pelabur Asing

Tersebar saja berita yang kerajaan GRS berjaya merealisasikan pelaburan dari Korea Selatan, seperti artikel ini SK Group Melabur 4.2 Bilion Di Sabah- Asean Skyline

Terus Cybertrooper cabuk Warisan macan cacing kepanasan dan menyebarkan propaganda yang menyatakan sebaliknya kononnya ia usaha Warisan.

Mereka cuba membuktikannya dengan artikel yang menyatakan pelabur Korea akan melabur di Malaysia dengan jumlah 2.5 bilion. Laporan berita itu bertarikh tahun 2021.

Kesiannya, sudahlah loser, miskin pujian lagi.

Macam perangai budak, sedangkan pelaburan yang diterajui oleh GRSS itu berlangsung pada tahun 2021 iaitu setahun selepas kerajaan Warisan tumbang.

Dan pelaburan yang dibawa oleh kerajaan GRS bernilai 4 bilion lebih banyak dari 2.5 bilion yang diklaim oleh Warisan. Bererti itu bukan pelaburan yang dimaksudkan oleh mereka, syok sendiri lor.

Mana yang lebih menguntungkan sekadar berita pelaburan tapi tidak menjadi kenyataan atau menjadi berita dan menjadi kenyataan? bila menjadi kenyataan maka secara tidak langsung ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak anak Sabah. Termasuklah diri atau anak anak penyokong Warisan, itu pun kalau mereka tidak ada rasa malu.

Mari tanya pemimpin dan jentera Warisan, dua tahun lebih menjadi kerajaan negeri. Mana pelaburan dari luar negara yang mereka war warkan telah menjadi kenyataan?

Begitu sempit cara mereka berpolitik ahh.

Jika begitu Warisan menyikapi politik nah nampak sangat tidak Ikhlas dan ke kampung kampungan. Itu bermakna “perjuangan” mereka menuntut hak-hak Sabah hanyalah bersifat politik untuk kepentingan Parti Warisan semata mata tidak lebih dari itu.

Bagaimana dengan bangunan PPNS yang menjadi kebanggaan pemimpin dan penyokong Warisan ketika mereka menjadi kerajaan. Sedangkan bangunan PPNS itu dibina oleh kerajaan BN atau pentadbiran Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Lalu apa anggapan pemimpin Warisan jika kerajaan GRS melarang pemimpin dan penyokong Warisan memijakkan kaki di bangunan itu? pelik dan ke budak budakkan, walhal memang benar pun kewujudan bangunan PPNS tidak ada kaitan langsung dengan parti Warisan.

Makanya jangan beratitud kampung kampung, jangan samakan mengurus kampung dengan mengurus negeri. Jika tidak maka tidak hairanlah kenapa penagih syabu dilantik sebagai Ketua Kampung era kerajaan Warisan.

Politik terdesak dan terus terdesak hingga tidak sedar kenyataan Shafie Apdal sebelum ini telah menutup propaganda yang mereka akan sebarkan berkaitan perjanjian Malaysia 1963.

Hakikatnya Presiden Warisan sendiri ada membuat kenyataan bahawa tidak perlu bayaran 20% royalti minyak demi kestabilan kerajaan Persekutuan. https://www.malaysiakini.com/news/213055

Apa pun alasan Shafie ketika itu ia tidak boleh dibenarkan, kerana hari ini pemimpin dan jentera Warisan enggan mendengar apa pun alasan dari kerajaan GRS berhubung perjuangan GRS ke atas elemen perjanjian Malaysia 1963. Pokoknya semua tuntutan perjanjian Malaysia 1963 harus diselesaikan saat itu juga tapi mereka telah pun terbukti gagal, malah Shafie sendiri yang cakap tolak royalti 20! Sabah. Apa macam ohhh!

Sembang pelaburan dari luar negara konon, itu janji membina semula rumah mangsa kebakaran yang dijanjikan oleh Presiden Warisan sehingga hari satu batang pun tidak kelihatan. Pooodah!

Mereka juga lupa slogan Sabah Ubah bermaksud menolak sebarang kerjasama dengan UMNO. Tapi apa, UMNO dan Warisan berkompromi merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS. Hahaha! Sabah Ubahlah sangat!!!!!!

Harap pelaburan dibawah tidak lagi dituntut oleh Cybertrooper cabuk Warisan. Ini salah satu dari pelaburan yang sedang dijalankan di Sabah dibawah kerajaan GRS.

Menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Penyerahan Dokumen beberapa “Natural Gas Sales Agreements (GSAs)” dan “Heads of Agreement” diantara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dengan beberapa pelabur utama di Sabah.

Pertama adalah Pemeteraian Perjanjian Pembekalan Gas Asli diantara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dan SBH-Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bagi projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar mereka. Pelaburan SBH-Kibing berjumlah RM2 billion akan memberikan kesan limpahan ekonomi kepada Sabah termasuk sekurang-kurangnya 1,800 peluang pekerjaan.SEC juga memeterai Perjanjian Pembekalan Gas Asli dengan SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat Korea Selatan yang melabur sebanyak RM4.2 billion untuk pembinaan kilang pembuatan kerajang tembaga bagi pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV) yang turut membuka sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan.Selain itu, turut dapat disaksikan Pemeteraian “Head of Agreement” diantara SEC dan anak syarikat Petronas Sdn Bhd, RGTLD untuk pembekalan gas asli di SOGIP dan Penyerahan Dokumen perjanjian Novasi Pembekalan Gas Asli antara SEC dan loji-loji janakuasa bebas sedia ada dengan jumlah kapasiti 880MW.#SabahForward#SabahMajuJaya

SK Group Melabur 4.2 Bilion Di Sabah- Asean Skyline

Kenapa saya angkat berita dari page Asean Skyline ini?

Sebab yang melaporkan berita membabitkan Sabah ini adalah page luar negara.

Page itu melaporkan, Syarikat ternama dari Korea melabur di Sabah sehingga RM4 bilion.

Membuktikan dalam diam kerajaan negeri GRS lebih suka melaksanakan tanggungjawab memajukan Sabah berbanding sekadar membalas kenyataan politik yang tidak berpenghujung.

Inilah komitmen Sabah Maju Jaya memajukan Sabah sekaligus menyediakan peluang pekerjaan bukan hanya rakyat Sabah tapi pada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Tahniah Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Memang terbaiklah!


SK Nexilis, a South Korean copper foil producer for electric vehicles (EV) under SK Group, currently building its first overseas plant in Kota Kinabalu city in Sabah, Malaysia.

The company will invest a total of RM 4.2 billion on the plant with an aimed annual production capacity of 44,000 tons, Business Korea reports that it is the world’s biggest copper foil plant.

Construction of the plant is expected to start in the first half of 2021 with commercial operation expected to start around 2023.

#EV#Sabah#Malaysia

Ini adalah tambahan selepas artikel ini diterbitkan beberapa jam yang lalu. Dimana ada pula jentera Warisan yang mendakwa kononnya pelaburan itu dibawa oleh kerajaan Warisan. Walhal kerajaan Warisan tumbang pada tahun 2020 jadi tentang mana mereka boleh membawa pelaburan ke Sabah, memandangkan pelaburan itu berlaku pada tahun 2021.

Bung Temberang Bila Kata Jangan Tinggalkan UMNO, Kembali Bangkit

Tidak berniat mencampuri dalaman parti UMNO tapi jika kenyataan itu berupa manipulasi maka sebagai rakyat biasa ia mesti diluruskan sebelum ada yang tertipu untuk kesenian kalinya.

Bukan apa, sudah banyak kenyataan pemimpin UMNO yang terbukti temberang atau bohong, walhal kenyataan mereka waktu itu disertai sumpah mubahalah. Pun begitu walau sudah kantoi boleh lagi tampil seolah olah tidak apa yang berlaku.

Rakyat Sabah tahu UMNO yang menyebabkan Sabah ketinggalan berbanding negeri negeri lain.

Tengok saja Sarawak agak maju berbanding Sabah hanya kerana UMNO tidak ada disana.

Sebab itulah hari ini rata rata orang Sabah tidak lagi berminat dengan UMNO. Justeru meninggalkan UMNO adalah tindakan yang bijaksana dan menjadi satu kebanggaan pada mereka. Seperti mana pemimpin atau ahli meninggalkan parti Warisan.

Sebab itulah agak menggeramkan bila Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar menyarankan agar jangan tinggalkan parti sebab UMNO berbeza dengan parti lain. Parti lain kononnya dibuat di tepi jalan atau kerana melompat parti berbeza dengan UMNO ditubuhkan untuk menuntut kemerdekaan.

Di Sabah yang menuntut kemerdekaan bukannya UMNO tetapi antaranya adalah USNO sebagai parti tempatan, seperti hari ini Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah, STAR, SAPP, KDM dan parti tempatan lain.

Takkan Ketua UMNO Sabah tidak tahu sejarah kemerdekaan Sabah.

Bung juga mendakwa selepas pilihan raya umum ke-14 UMNO telah mengalami kebangkitan kebangkitan yang amat dahsyat. Sebab itu jangan tinggalkan UMNO. Amboi siang siang pun berani membohong.

Jangan membohong Bung Pilihan Raya ke-12 UMNO hilang 60 kerusi kemudian PRU ke-13 hanya 132 kerusi. Pada PRU ke-14 UMNO hanya mendapat 79 kerusi dan terakhir pada PRU ke-15 UMNO kecundang hanya mendapat 30 kerusi. Semua kekalahan yang dialami berlaku semasa UMNO menjadi kerajaan.

Jadi di mana kewajaran saranan Bung Mokhtar agar masyarakat atau ahli UMNO jangan meninggalkan UMNO? Tidak perlu ahli UMNO susah susah meninggalkan UMNO, nanti rakyat juga yang akan menguburkan UMNO.

Malaya Mudah Lupa!

Malaya mudah lupa

Malaya mudah lupa

Malaya mudah lupa

Sana terang jalan besar, sini gelap jalan kecil

Sana pokok dihiasi lampu, sini guna lilin dan lampu minyak tanah

Malaya mudah lupa

Dahulu Kuala Lumpur sekarang Metropolitan, Lumpur tinggal sama kami.

Malaya mudah lupa

Dulu minyak Sabah dan Sarawak bina KLCC,

Malaya mudah lupa

Kayu balak bina lebuh raya

Malaya mudah lupa

Bajet kerajaan dahulu umum 100 peratus ambil balik 70 peratus

Malaya mudah lupa

Dulu buat bajet ratus juta, bajet lupa Sabah Sarawak

Malaya jangan lupa lagi harap Madani bantu kami, beri hak pada kami.

Selepas Gagal Rampas Kuasa, Shafie Mahu Warisan Diiktiraf Oleh GRS

Kenapa lah Shafie tidak habis-habis dengan perundangan-perundangan ni. Tinggal ini kah modal yang dia ada, mempolitikkan perundangan.

Dia mendakwa kemelut politik Sabah harus diselesaikan secara perundangan?

Kemelut apa? bukan kah yang mencipta kemelut itu adalah Warisan, bila mengatur konspirasi jahat bersama Bung Mokhtar untuk merampas jawatan Ketua Menteri dari kerajaan GRS. Hahaha!

Nah sekarang mendakwa pula kemelut politik Sabah harus diselesaikan secara perundangan. Iaitu kerajaan perpaduan harus diterapkan hingga ke peringkat negeri bukan hanya di peringkat Persekutuan.

Sudah pun gagal merampas kuasa pandai pula menuntut supaya kerajaan GRS mengiktiraf Warisan sebagai kerajaan negeri.

Janganlah munafik dan jahil sangat atau menyerlahkan etika yang jahat itu. Walaupun mungkin sudah menjadi darah daging.

Kita orang tahu tujuan penyataan Shafie itu adalah untuk menyakitkan hati masyarakat Sabah atau penyokong GRS supaya berlaku bidas membidas hingga menyebabkan kerajaan negeri tidak stabil.

Boleh kah seseorang itu bercakap soal kestabilan dan kebaikan masyarakat sedangkan merekalah yang tamak hingga sanggup merampas dengan cara tidak demokrasi atau tidak melalui pilihanraya.

Aziz Jamman Nujum Pak Belalang Yang Temberang

Benarlah orang sombong dan mudah lupa diri cepat mendapat karma hasil perbuatan mereka. Dulu si Aziz sering memperleceh pendapat pemain politik sebagai itu hanya andaian dari bukan siapa siapa (lebih kurang begitulah).

Hari ini si Aziz mendapat gelaran nujum Pak Belalang atau nujum temberang yang bermaksud kenyataan politiknya tidak ilmiah atau tidak berasas berdasarkan perubahan yang dituntut oleh rakyat.

Apa lagi saya seingat tidak pernah sekalipun prediksi atau andaian si Aziz ni terbukti benar. Maka wajarlah si Aziz mendapat jolokan nujum hidung belang dan temberang. Hahaha!

Esok giliran saya pula mengkritik balas kenyataan media si Aziz Jamman. Jumpa esok ya.

*KENYATAAN MEDIA*


*DATUK AZIS JAMMAN CUBA JADI NUJUM PAK BELALANG*


1. PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) selepas PRU-15, telah membuat keputusan bersama, untuk menyokong YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

2. Azis Jamman tidak wajar membuat dakwaan karut dan jahat, jika pun mahu menjadi “Nujum Pak Belalang” dengan mendakwa GRS adalah parti pertama meninggalkan Perdana Menteri jika berlaku pergolakan politik.

3. Hakikatnya, Parti Warisan lah termasuk Ketua Penerangan itu, yang mempunyai niat tidak mahu menyokong mana-mana parti atau pemimpin nasional, atas sebab itu, mereka memutuskan hubungan dengan PH dan telah bergerak solo pada PRU-15.

4. Keputusan parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan, pada hakikatnya kerana mereka tiada pilihan lain, atas sebab hanya mempunyai 3 ahli parlimen, menyokong dan tidak menyokongpun tidak memberi kesan, pada Kerajaan Perpaduan antara PH, BN, GPS dan GRS.

5. Azis dan parti beliau cuba menutup kesalahan sendiri, dengan menuding kepada parti lain dan kenyataan Azis itu hanya lah ilusi dan andaian liar semata-mata.

6. Berdasarkan pengalaman lepas dalam Kerajaan Negeri Sabah semasa Warisan memimpin gabungan mereka, saya yakin parti-parti komponen PH di Sabah mengetahui sikap dan keikhlasan Warisan dalam kerjasama dan permuafakatan.

7. Agar Aziz tidak terus mabuk, kerana tindakan wakil-wakil parti beliau yang mengumumkan keluar bersama-sama dengan pemimpin akar umbi parti itu, semua pihak yang menyokong kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri telah lama move-on, termasuk lah para pemimpin GRS, seperti mana dibuktikan menerusi sokongan pada sebarang keputusan, misi kerajaan Perpaduan oleh kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

8. Tidak sedar kah Azis semasa perjumpaan kakitangan Persekutuan dan negeri bersama Perdana Menteri, bagai mana sambutan kepimpinan negeri pada Perdana Menteri tersebut.

9. Dengan sokongan kerajaan negeri sabah di bawah kepimpinan GRS dan PH Sabah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak timbul sama sekali tindakan khianat, seperti mana yang telah dilakukan oleh beberapa pemimpin negeri pada 6 Januari lalu yang didalangi oleh pemimpin Parti Warisan untuk merampas kerajaan secara kerajaan pintu belakang dan tebuk atap.

10. Jangan lah kerana pemimpin dan parti sendiri mempunyai niat jahat, maka mengandaikan pemimpin dan parti lain juga sama.


*DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN*
*KETUA PENERANGAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (GAGASAN RAKYAT)*

6 Mac 2023.

5 Adun Warisan Keluar Parti Terbaru Adun Karamunting

Seorang lagi wakil rakyat Warisan yang mewakili Adun Karamunting bertindak meninggalkan parti Warisan.

Kalau saya tidak silap dalam tahun ini saja sudah 5 Adun Warisan meninggalkan parti mereka.

Empat yang keluar WARISAN bulan lalu ialah Norazlinah Arif (Kunak), Mohamad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas).

Pada hemat saya adalah benar alasan kenapa mereka meninggalkan parti Warisan yang berkaitan dengan kestabilan politik dan kemajuan negeri Sabah yang rosak dan terbantut angkara kerakusan pemimpin pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Bung Mokhtar daripada UMNO dan Shafie Apdal daripada Warisan.

Baru baru ini Bung dan Shafie cuba merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS yang dikenali sebagai langkah Kinabalu namun berjaya digagalkan bila mana beberapa Adun UMNO tidak menyokong Bung Mokhtar. Ironinya langkah Kinabalu itu juga telah memudarkan kepercayaan wakil wakil rakyat Warisan terhadap Shafie selaku Presiden parti Warisan.

Tapi ada yang lebih penting dari semua alasan mereka yang agak sulit untuk dinyatakan, iaitu berhubung struktur rakyat Sabah yang kalau dibiarkan akan rosak dan mencemarkan masa depan anak bangsa negeri ini.

Kita tahu UMNO telah berdekad menjajah Sabah namun kemiskinan di negeri ini masih menjadi persoalan besar sedangkan Sabah adalah sebuah negeri atau wilayah yang cukup kaya jika dibandingkan dengan negeri negeri lain kecuali Sarawak. Jadinya menguburkan politik UMNO di Sabah adalah jalan terbaik walaupun ia berbau politik tapi pada hakikatnya ia sangat sangat disukai dan menguntungkan rakyat Sabah. Pokoknya asalkan UMNO tidak lagi wujud di Sabah, itu sudah melegakan rakyat Sabah, paling tidak, tidak sudah macam Kerbau yang dicucuk hidung.

Dari konteks Warisan pula jelas kebanyakan totok Warisan sebenarnya tidak pun mementingkan hak hak Sabah seperti yang di canang iaitu perjanjian Malaysia 1963. Sebaliknya mereka ada agenda tersendiri yang bertentangan perlembagaan negeri dan mereka ingat ia boleh dilaksanakan atau dicapai jika Warisan yang memerintah Sabah, murah betul imaginasi mereka. Seolah olah nanti negeri ini tidak ada undang undang dan beranggapan Polis tidak ada hak walaupun mereka melakukan kesalahan.

Pencabulan hak yang berleluasa akan terjadi dan itu membuat sudahlah rakyat Sabah ini “miskin” harta benda ditambah lagi dengan kemiskinan sebagai bumiputera Sabah.


SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin hari ini telah mengumumkan keluar dari Parti Warisan (WARISAN) dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Menurut kenyataan beliau, rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting. 

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan. 

“Demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,” katanya semalam.