Pan Borneo Sabah RM155 Juta, Siapa Bertanggungjawab?

Menurut laporan Utusan kerajaan bersetuju membayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan selepas kontraknya ditamatkan pada 2019. Ini ialah penyelesaian tuntutan kontrak, bukannya peruntukan membina jalan baharu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan pembayaran itu selepas kontrak berkenaan ditamatkan.

Menamatkan kontrak bukan sekadar mengumumkan pertukaran dasar. Keputusan itu membawa tanggungan kewangan, bila kerajaan terpaksa bersetuju membayar RM155 juta bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan bekas rakan pelaksana Pan Borneo Sabah.

Jika alasan penamatan ialah penjimatan. Berapa yang berjaya dijimatkan selepas mengambil kira RM155 juta ini, kos peralihan dan implikasi perubahan pengurusan?

Rakyat berhak bertanya apakah manfaat sebenar yang diperoleh daripada keputusan tersebut? bila mana kerajaan Warisan membatalkan atau menangguhkan perlaksanaan Pan Borneo Sabah. Selain sudah pasti menyebabkan pembinaan jalan Pan Borneo Sabah tergendala dua tahun.

Jika penamatan itu dipertahankan atas alasan penjimatan. Berapakah penjimatan bersih selepas mengambil kira bayaran penyelesaian RM155 juta dan kos peralihan pengurusan? Ketua Pembangkang Shafie Apdal wajib jelaskan hal ini kepada rakyat Sabah.

Rakyat Sabah berhak mengetahui adakah implikasi kewangannya sudah dijangka sejak awal dan pihak Warisan berani untuk dipertanggungjawabkan. Kali ini rakyat Sabah jangan lepaskan, Sebelum ini, penamatan konsesi pengurusan loji rawatan air menyebabkan kerajaan negeri membayar pampasan sehingga RM315.2 juta. Shafie mempertahankan keputusan itu dengan mendakwa kerajaan masih menjimatkan RM685 juta selepas pampasan. Alasan kartun, sedangkan yang berlaku bukan hanya rakyat yang rugi setelah wang mereka digunakan untuk membayar pampasan malah gangguan bekalan air bersih semakin menggila. Pui!

Jika kita campur wang rakyat yang digunakan untuk menutup ketamakan dan ketololan Shafie Apdal. Begini banyaknya (RM315.2 juta+RM155 juta = RM470.2 juta)

RM470.2 juta bukan angka kecil. Buktikan penjimatan dan manfaatnya, rakyat Sabah memerlukan jalan yang siap dan selamat dan tiada lagi gangguan air, bukan malah wang mereka digunakan untuk melayan kebodohan kerajaan Warisan. Sial kamu!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑