
Alamak kenapa lak Presiden dan Naib Presiden parti Warisan tetiba berlagak suci sangat tu. Alahai, kamulah bha tapi pada hakikatnya politik Warisan tidak ada makna tanpa cash is king terutamanya diperingkat akar umbi. Tanpa king itu sudah lama parti Warisan malah politik Shafie lenyap dari ingatan masyarakat Sabah, apa lagi Jaujan, lagilah.
Tetiba meroyan akibat perkembangan parti itu yang mulai kehilangan sokongan diperingkat kepimpinan mahupun di peringat akar umbi, sudah tentu.
Jangankan sokongan akar umbi diluar Semporna yang mulai hilang kepercayaan dan meninggalkan Warisan. Di Semporna sendiri terutamanya dikalangan masyarakat kampung tampak, ramai sudah yang mengajuk ucapan pemimpin pemimpin Warisan, kerana terbukti cakap tidak serupa bikin.
Admin ada buktinya pun tapi dalam bahasa Bajau lah. Hahahah.
Sejak kerajaan Warisan tumbang dua kali, kali pertama selepas kehilangan sokongan di dewan undangan negeri dan kedua melalui pilihan raya negeri Sabah 2020 dimana parti Warisan hanya memenangi 23 kerusi DUN. Sehingga hari Warisan telah kehilangan 6 Adun termasuk semalam Adun Kukusan, Rina Jainal, bererti kerusi Warisan sehingga hari ini tinggal 17 kerusi DUN.
Apa yang menjadi isu kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal dan Naib Presidennya Jaujan Sambakong yang hingga mereka meroyan ialah kononnya sebab Adun Kukusan, Rina Jainal meninggalkan Warisan adalah kerana telah ditawarkan imbuhan oleh pihak tertentu. Siapa pihak tertentu itu? Jangan mencipta persepsi semata mata, kalau benar dan ada bukti buatlah laporan ke SPRM pun.
Mula mula kita tanya mereka berapa jumlah wang ringgit yang telah diterima oleh Rina Jainal? Shafie ada bukti kah? kalau tidak ada jangan sembang kencang lah. Jangan juga perbuatan sendiri di balikkan pada orang lain, biar apa yang dikatakan itu seolah olah ada kebenarannya.
Adakah mereka lupa sewaktu Warisan menjadi kerajaan. Mereka telah mendakwa bahawa beberapa wakil rakyatnya telah dihubungi oleh pihak tertentu agar meninggalkan Warisan. Tapi bila SPRM menghubungi salah seorang dari mereka dan dinasihatkan supaya membuat laporan Polis atau SPRM. Tidak ada seorang pun yang tampil.
Baca link dibawah.
Dalam politik matang tidak tu timbul persoalan demokrasi telah lenyap hanya kerana ada wakil rakyat meninggalkan parti lama dan menyertai parti baharu, ini kerana mengalihkan sokongan juga sebahagian daripada sistem demokrasi itu sendiri. Dan tidak semestinya mereka akan kehilangan sokongan.
Ada banyak faktor kenapa wakil rakyat meninggalkan parti lama. Ada yang disebabkan telah hilang kepercayaan pada kepimpinan dan perjuangan parti, ada juga kerana wakil rakyat lebih memikirkan untung rugi penyokong mereka.
Pada akhir tahun 2018 beberapa wakil rakyat UMNO keluar dan menyertai Parti Bersatu. Tapi bila Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 hanya seorang dari mereka yang gagal mempertahankan kemenangannya, itupun kerana berlaku perpecahan dikalangan parti parti yang berkerjasama. Sebaliknya tiga calon UMNO tewas kepada calon Bebas.
Bagaimana pula dengan wakil rakyat DAP yang telah keluar parti dan menyokong Parti WARISAN.
ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun meninggalkan DAP dan menyertai Warisan hal itu diumumkan sendiri oleh Presidennya, Shafie Apdal di ibu pejabat Warisan, Kolombong.
Dua ADUN DAP Sertai Parti Warisan
Adakah Shafie atau parti Warisan telah menawarkan sejumlah wang sebagai imbuhan pada dua Adun DAP ini, seperti yang pernah dilakukan ke atas Adun UPKO, Madius Tangau ditawarkan ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah?
Jadi kalau Warisan tidak mampu memberikan bukti atas tuduhan mereka dan menafikan kenyataan admin ini. Maka ini hah gambar Adun Kukusan, Rina Jainal sebagai hadiah supaya mereka terus meroyan dan tidak boleh tidur malam, mandi tidak basah. Silap haribulan akan ada lagi yang menyusul.

- Rakyat Sabah Bangga dan Teruja PM Anwar Hadir Pesta Kaamatan – KM Hajiji
- KM Hajiji Haji Noor , Joseph Pairin Kitingan dan Jeffrey Kitingan Sambut Pesta Kaamatan Di KDCA Penampang
- Krisis Bekalan Letrik dan Air Lebih Teruk Era Kerajaan Warisan (Video)
- Apa Ditulis Calon Warisan Yang Kalah Kepada Bung Mokhtar. Hak Sabah Hilang Selepas RUU Sabah?
- Kemajuan Terkini Lebuhraya Pan Borneo Pakej 4
Tinggalkan Jawapan