Pan Borneo: Munirah Jangan Lantang Menyerang Kerajaan Negeri Tapi Keliru Siapa Yang Lebih Bertanggungjawab, Sampai Lupa Seolah Olah Langsung Tiada Perkembangan

Baru baru ini Ahli Parlimen Kota Belud mengulas penemuan audit Projek Lebuhraya Pan Borneo, fahami dahulu pihak yang bertanggungjawab yakni kerajaan Persekutuan, kontraktor dan pembayaran projek.

Pan Borneo dibiayai Kerajaan Persekutuan, manakala pembayaran kepada kontraktor dibuat berdasarkan kemajuan kerja dan syarat kontrak.

Jika audit membangkitkan isu peningkatan kos, perubahan kerja dan kelemahan pengurusan kontrak, siapa yang meluluskan, memperakukan bayaran dan bertanggungjawab?

Isu pengambilan tanah juga tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri. Tanggungjawab menyemak dan meluluskan bayaran melibatkan pihak berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan. Semua pihak perlu menjawab mengikut bidang kuasa masing-masing, termasuk isu pampasan yang didakwa berlaku ketika pentadbiran Warisan.

Jangan menafikan isu pengambilan tanah pada era kerajaan Warisan. Isu ini didakwa serius apabila tanah diambil untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, tetapi pampasan kepada pemilik tanah masih belum dibayar.

Kerajaan negeri dan Persekutuan tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Jika mahu menuntut akauntabiliti, tuntut daripada semua pihak yang berkuasa, bukan memilih fakta audit semata mata untuk mengenakan kerajaan negeri. Sedangkan ahli parlimen sendiri pun tampak masih keliru tentang bidang kuasa.

Penemuan audit itu benar tapi tidak pula boleh menafikan progres pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang berjalan.

Bagus Ahli Parlimen Kota Belud meninjau perkembangan projek Pan Borneo di kawasan Ranau menuju ke Lahad Datu. Apa yang telah berubah.

Lantang kau sana, kegagalan kerajaan Warisan meneruskan Pan Borneo dua tahun lebih gara gara bernafsu cuba mengambil kontrak syarikat pelaksana dan diberikan kepada kroni kerajaan negeri Warisan, kau tidak timbulkan pula.

Rakyat mahu perkembangan biar lambat asal berkualiti bukan sekadar siapa paling lantang di Parlimen.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading