PBS Memilih GRS Yang Murni Daripada Bekerjasama Dengan Warisan

Kenyataan balas PBS berhubung pelawaan  Presiden Warisan, Shafie Apdal yang ingin bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Presiden PBS, Maximus Ongkili menyatakan dia menghargai minat parti Warisan untuk bekerjasama dengan mereka pada pilihan raya umum yang akan datang, tetapi sebagai parti yang berbilang kaum dan berpengalaman, PBS memilih setia sepenuhnya sebagai ahli GRS dan juga sebagai rakan kongsi.

Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak menambah kenyataan bahawa perjuangan politik GRS seperti yang dihuraikan oleh Pengerusinya Datuk Hajiji Noor pada pelancarannya bulan lalu bukan hanya mulia dan harmoni tetapi juga berasaskan rakyat.

Sebaliknya Ongkili mengajak Warisan untuk menjalankan agenda membangun Sabah dan memastikan Sabah menjadi sebuah negeri yang makmur dan selamat, bebas daripada pendatang asing tanpa izin.

Macam dua kali sudah Warisan mempelawa PBS untuk bekerjasama, namun tidak mendapat perhatian.

Macam ada niat jahat yang tersirat di sebalik pelawaan untuk bekerjasama.

Rasanya Warisan cuba mencipta persepsi dikalangan rakyat Sabah  supaya Warisan akan dinilai lebih terbuka dan mesra serta ikhlas berbanding PBS atau parti lain. Walhal pada hakikatnya Warisan tidak memiliki  ciri-ciri yang admin sebutkan diatas.

Selain niat jahat yang jelas Shafie ingin menggugat kestabilan GRS.

Berapa saja bha sifir kamu tu, sampai begitu mudah untuk dibaca. Bukan begitu caranya kalau jujur ingin bekerjasama, semestinya tidak disampaikan secara terbuka. Tapi ini sebaliknya pelawaan dibuat semasa Shafie berucap dalam satu majlis politik di Kota Belud baru baru ini.

Kesimpulannya PBS memilih setia bersama GRS menjelang pilihan raya umum dan pada Warisan boleh saja menjadi pendukung agenda GRS walaupun tanpa ikatan apa apa. 😜

Sebenarnya sebelum artikel ini diterbitkan admin ada menulis satu entri tentang siapa yang sewajarnya…….. Tapi nampaknya kenyataan PBS lebih jitu. Hehehe!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: