

Alamak siapa sebenarnya yang kantoi membohong ini. Adakah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin atau kah Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Sebelum ini Shafie mendakwa pada dua bulan yang lalu dia dihubungi oleh Presiden Parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, merayu agar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Ismail Sabri.
Dakwaan Shafie itu telah dijadikan modal politik oleh Najib Razak, siap membenarkan peribadi Shafie sebagai tidak berbohong.
Betulkah tidak berbohong?
Tidak berbohong termasuk dakwaan Shafie ke atas diri Najib yang telah menyeleweng wang rakyat dalam skandal 1MDB lah tu kan. Betul tak bosku?
Walau bagaimanapun semalam Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin menafikan dakwaan Shafie berkenaan, sebagai tidak benar.
Kerna tujuan beliau menghubungi pemimpin pemimpin bukan UMNO/BN termasuk Shafie Apdal adalah untuk mencari solusi satu lawan satu semasa menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Ini kerana menurut Presiden Bersatu.
“Rata-rata berpendapat cara terbaik untuk menghadapi PRU-15 ialah dengan mengusahakan formula satu lawan satu menentang BN,” katanya.
Bukannya mencari sokongan supaya diangkat balik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Agak agaklah pun kalau niat cuba melemahkan Bersatu, Shafie oiii!
Kalau dinilai dari kelogikannya, jelas Shafie yang berbohong. Sebab mana mungkin Muhyiddin mendapat sokongan sehingga 119 kerusi yang terdiri dari ahli parlimen PKR, DAP dan Amanah.
Bukan kah sebelum Muhyiddin melepaskan jawatan Perdana Menteri, beliau cuba mempelawa PKR, DAP dan Amanah serta Warisan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional tapi ditolak. Tidak lama selepas itu UMNO menarik sokongan dan di sokong oleh Pakatan Harapan. Maka dilantiklah Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyiddin Yassin.
Untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri. UMNO menandatangani MoU bersama PKR, DAP dan Amanah.
Jadi dari sudut mana pula Muhyiddin Yassin mendapat sokongan dari Pakatan Harapan dan UMNO seperti mana dakwaan Presiden Warisan Shafie.
Rasanya Shafie salah dengar ni atau Shafie sengaja memanipulasi kenyataan Presiden Bersatu. Kalau begini sikapnya, lain kali tidak ada sudah pihak yang berani berbincang dengan Warisan.
Sudah macam perangai Cybertrooper kelas kambing, modalnya hanya mengada ngada dan bercakap terbalik.
Kesimpulannya ternyata Shafie yang kantoi berbohong kerna di dorong oleh perasan amarah memandangkan pembunuh tegar politik Warisan sehingga kerajaan Warisan tumbang adalah PPBM/Bersatu.
Tinggalkan Jawapan