Perempuan diatas saya panggil mak mak Warisan.
Dia bercakap seolah olah sejak tiga tahun lepas masyarakat Sabah tidak menerima bekalan elektrik dan setitik air.
Begitu berkobarnya dia memanipulasi isu air dan letrik, seolah olah masyarakat Sabah tidak berakal dan tidak ada jati diri di dalam menilai propaganda yang disebarkan oleh parti parti politik. Apa lagi propaganda parti Warisan, yang semua orang tahu hampir tiada satu pun kenyataan mereka yang akhirnya terbukti benar.
Dia juga bercakap seolah olah kerajaan ini terlalu gagal, gagal yang bagaimana mak mak oiii sejak bila? Hakikatnya kerajaan GRS berjaya menaikkan ekonomi Sabah sehingga 1.1% berbanding kerajaan Warisan, KDNK turun sehingga 0.5%. Klik link ini Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%
Begitu juga dengan kadar jenayah jika dibandingkan dengan kerajaan Warisan. Kerajaan GRS berjaya mengekang kegiatan jenayah secara drastik klik link ini Kadar Jenayah Di Sabah Menurun Sejak Warisan Tumbang
Secara logiknya tidak ada pemerintah di dunia ini yang sengaja mewujudkan sesuatu yang menyusahkan rakyat, apa lagi berkaitan kemudahan asas air dan elektrik.
SESB adalah syarikat milik TNB yang menyediakan bekalan letrik di Sabah dan JANS agensi yang bertanggungjawab menyediakan bekalan air, sepenuhnya.
Itu pun tidak mungkin SESB dan JANS sengaja menyusahkan pengguna atau rakyat. Melainkan ada kelemahan yang berlaku di pihak mereka dan perlakuan masyarakat hingga menjejaskan perkhidmatan. Seperti contoh akibat aktiviti mencuri air dan mencuri kabel elektrik yang sudah tentu akan menjejaskan bekalan.
Yang ada rakyat itu sendiri yang sanggup bodoh bila mana mereka tahu kebenarannya tetapi kerana kepartian mereka menafikan nikmat yang diterima. Mereka tidak sedar musibah yang menanti di kemudian hari jika Warisan menjadi kerajaan negeri. Waktu itu akan muncul satu lagi kumpulan mak mak Sabahan menyalahkan pemerintah kerana kemiskinan dan keharmonian yang tidak lagi terjamin, walhal mereka sendiri yang cipta.
Saya sebagai penulis bebas, cuba menyediakan data sumber yang boleh dipercayai dan saya sendiri terbuka untuk dipertanggungjawabkan, jika sekiranya saya berdusta. Tetapi mereka enggan mendengarnya sebab itulah saya panggil mereka emak emak politik Warisan.
Menteri yang bertanggungjawab telah jelaskan sebelum ini berhubung gangguan air, ia berlaku akibat kelemahan JANS dan kegiatan mencuri air. Seperti link ini JANS Punca Bekalan Air Bermasalah Di KKIA, Sepanggar Dan UMS (Video) dan Kes Curi Air Di Sepanggar, Kg Melayu dan Kg Delima (Video).
Begitu juga dengan pihak SESB telah menjelaskan secara tuntas kenapa berlaku gangguan elektrik baru baru ini dan inisiatif yang mereka sedang jalankan bagi mengelakkan gangguan elektrik di masa hadapan. Jawapan tuntas SESB Berhubung Gangguan Bekalan Letrik Baru Ini (Video) dan SESB Tanggungjawab TNB Bukan Kerajaan Sabah, Junz Wong Tahu Ke?
Sebagai masyarakat Sabah kamu jangan mudah diperdaya oleh retorik yang dicipta oleh jentera Warisan seperti mak mak itu. Dia tidak tahu dan dalami apa sebenarnya yang berlaku, tiada beza tu dia dengan burung tiung. Era kerajaan Warisan bantuan tunai kerajaan negeri pun tidak sampai ke tangan rakyat tapi ada hati memburukkan kerajaan GRS yang benar benar berjuang untuk rakyat sabah.
Tinggalkan Jawapan