Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%

Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi paling lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri di paras paling rendah iaitu 0.5% semasa pentadbiran Kerajaan Warisan, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal perlu mengakui kegagalan beliau mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah sehingga KDNK Sabah jatuh menjunam ke 0.5% pada tahun 2019.

Beliau berkata, Shafie dan pemimpin Warisan perlu menerima hakikat kegagalan mereka, sebaliknya bukan terus menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai alasan menutup kegagalan mereka.

Menurutnya, rakyat berasas kesal dan sedih apabila mengetahui Sabah mencatat KDNK paling rendah di seluruh Malaysia.

“Shafie mengakui dirinya adalah pakar ekonomi dan bersama rakan-rakan sekutu politiknya dari UPKO, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya mampu mentadbir dan membangunkan negeri Sabah.

“Malangnya selepas lebih 2 tahun mereka mentadbir Sabah, keadaan ekonomi dan KDNK Sabah terus menjunam sehingga mencatat paras paling rendah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran di dewan Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh dekat sini, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Shafie dan sekutunya gagal membangun ekonomi negeri, gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sehingga menyebabkan kadar penangguran meningkat.

Katanya, laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada Ogos 2020 menyatakan, KDNK Sabah menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019.

Kadar pengangguran juga berada pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak 5.8%. Ini bermakna lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Beliau berkata, trend ekonomi negeri amat tidak sihat dan ini adalah bukti bahawa Shafie dan Warisan gagal membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat Sabah.

“Selaku Ketua Menteri, tiada yang Shafie lakukan untuk meningkatkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Tanpa rasa malu beliau hanya pandai menuduh dan menyalahkan kerajaan terdahulu sehingga mengakibatkan KDNK menguncup”, dakwannya.

Hajiji berkata, untuk menyelamatkan keadaan ekonomi Sabah yang semakin tenat, rakyat yang tersalah memilih dan ‘ubah’ semasa PRU lalu perlu menolak  Warisan dan sekutunya iaitu UPKO, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU kali ini.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.