
Semalam si Munirah mengkritik kaw kaw kerajaan Sabah berhubung keadaan jalan raya dan bekalan air.
Macam saja semasa kerajaan Warisan tidak ada gangguan letrik dan air, malah sebenarnya lebih teruk. Di Semporna sendiri tiada bekalan air sampai seminggu.
Sebenar kata, Ahli Parlimen Kota Belud, Munirah tidak layak mengkritik kerajaan Sabah, GRS. Apa lagi berkaitan frasarana yang pada nadanya seolah-olah disengaja untuk menyusahkan rakyat Sabah. GILA!
Mana mungkin disengajakan, sedangkan diketahui akan mengurangkan sokongan. Sebaliknya kerajaan GRS telah melakukan yang terbaik, sebab itu apa yang kita nampak hari ini jauh lebih baik berbanding sewaktu kerajaan Warisan.
Mestilah ada faktor tertentu yang berada diluar kawalan kerajaan negeri. Seperti contoh lori membawa lebih muatan menyebabkan jalan raya rosak teruk. Lama kelamaan kos membaiki jalan rosak lebih tinggi berbanding membina jalan raya baharu. Ini bukan cerita kosong, baru ini Mahkamah Kota Kinabalu/Lahad Datu menjatuhkan hukuman bersalah ke atas seorang kakitangan JPJ kerana menerima rasuah bagi melepaskan lori lori yang membawa lebih muatan.
Bayangkan andai kerosakan akibat lori lebih muatan berlaku di seluruh Sabah, boleh kah dibaiki serentak dan serta merta. Dalam masa sama pemerintah fokus menyiapkan Pan Borneo yang kontraknya ditamatkan oleh kerajaan Warisan, jika tidak 70% siap lebih kurang Pan Borneo Sarawak.
Panjangnya bha jalan raya yang disebut oleh ahli Parlimen Kota Belud tu, satu daripadanya dari Kota Belud ke Ranau dan sebagainya. Jalan jalan itu adalah laluan utama termasuk lori lori yang membawa lebih muatan.
Jalan raya berkenaan dibawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Jadi kalau mengkritik jangan salahkan kerajaan negeri secara total, nanti nampak tidak faham dan tidak cerdik.
Munirah lupa kah, Shafie Apdal pernah menjadi Menteri KKLW tapi gagal menyediakan frasarana luar bandar, akibat peruntukan Kementerian dicuri. Kalau dia amanah dan cekap, saya yakin hari ini Sabah tidak lagi berhadapan dengan isu keperluan asas, kalau pun ada pasti sudah diselesaikan oleh kerajaan GRS, ini berdasarkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan GRS sehingga hari ini. Ini tidak kerajaan GRS terpaksa bermula dari awal.
Jangan bercakap pasal rasuah dan melaksanakan tanggungjawab, kerna nanti menuntut pemimpin Warisan menuduh Shafie kaki sakau terlebih dahulu, supaya tidak memalukan diri, seperti sekarang.
Dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, tapi tidak membaiki jalan raya di seluruh Sabah, khususnya jalan raya Telupid yang kritikal ketika itu. Bila kerajaan Warisan tumbang, macai Warisan mengarang cerita kononnya jalan raya Telupid seperti di bulan dan dikaitkan dengan kerajaan negeri, GRS.
Janji pada orang kampung pun tidak ditunaikan, ini kan soal jalan raya, air dan letrik. Begitu gagalnya Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.
Gangguan bekalan air dan letrik juga tidak di tangani dan ditambah baik. Kerajaan Warisan hanya berjaya menukar syarikat konsesi air yang masih berjalan kepada syarikat kroni sampikan kerajaan GRS terpaksa menanggung saman dari syarikat yang ditamatkan. Itu juga menyebabkan gangguan bekalan air bertambah.
Bukti kepimpinan Warisan kaki sakau, sama ceritanya dengan skandal Kementerian KKLW sebelum ini.
Warisan Punca Masalah Air Bertambah Teruk
Berbeza dengan kerajaan GRS. Frasarana dan keperluan asas dibaiki dan berlaku penambah baikan. Tapi sengaja dinafikan oleh pembangkang
Kerajaan GRS Gigih Membaiki Jalan Seperti Di Bulan Yang Diwarisi Dari Kerajaan Warisan
Menjawab Kritikan Kosong Emak Emak Warisan Berkait Gangguan Air dan Letrik (Video)
Jawapan tuntas SESB Berhubung Gangguan Bekalan Letrik Baru Ini (Video)
654 Sambungan Paip Air Haram Di Potong Sekitar Sepanggar
JANS Potong Sambungan Paip Air Haram Sepanggar – TKM Shahelmey
Jem Jalan Telupid Sandakan Sebab Bina Jalan Baru dan Pembaikan Tapi Badut Fitnah GRS (Video)
Shafie Cukuplah Berbohong Masalah Air Memang Dari Kamu
Kali Ketiga Shafie Dibogelkan Sebagai Orang Bertanggungjawah Batal Projek Pan Borneo Sabah
Shafie Apdal dan kerabatnya pernah disiasat oleh SPRM secara paksa dan diheret ke Mahkamah. Tinggal lagi tidak berkelanjutan apabila prosesnya dibatalkan oleh Menteri Undang Undang Malaysia dari parti Warisan Vk Liew. Sebab itu saya katakan antara lain si Munirah tidak layak mengkritik kepimpinan atau kerajaan negeri Sabah.
Skandal KKLW dan dua tahun Warisan menjadi kerajaan, menyebabkan keadaan jalan raya, bekalan air dan letrik luar bandar masih menjadi persoalan. Untung kerajaan Warisan cepat tumbang, kalau tidak pasti tugas kerajaan GRS lebih besar dan sukar.
Tapi yang disalahkan oleh macai Warisan hari ini, kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Pui!






















Leave a Reply