
Kadar jenayah di Sabah mencatatkan penurunan daripada 5,627 kes sepanjang tahun lepas kepada 3,758 kes tahun ini iaitu semenjak kerajaan Warisan tumbang di tangan parti parti Gabungan Rakyat Sabah, bererti kadar jenayah telah berkurangan sehingga 33.67%. Tahniah PDRM!
Dalam pada itu pasti ada faktor lain tertentu dalam masyarakat yang menyebabkan kadar jenayah menyusut secara mendadak selain usaha berterusan dari pihak Polis.
Antara lain kerana sebelum ini kerajaan Warisan melantik entah siapa siapa untuk mengurus masyarakat diperingkat pertengahan dan akar umbi. Hanya kerana mereka yang dilantik itu pernah memacakkan bendera putih Warisan walhal sebelum ini kegiatan hidupnya bergelumang dengan kerjaya menyusahkan kehidupan orang lain.
Pokoknya kira bergabunglah tu antara pemimpin pra matang dan pengikut mentah.
Bapa segala ketololan, penipu, penjudi, penyamun, penyangak tidak sedar diri diangkat sebagai ketua dilapisan masyarakat dengan demikian menyebabkan penjenayah merasakan tidak ada lagi yang perlu ditakutkan kerana orang yang mengurus mereka juga dua kali lima macam mereka.
Kritikan terhadap ketua-ketua tolol di peringkat kampung dan daerah telah lama admin suarakan. Tapi mereka tidak menerimanya malah menganggap admin kononnya mendengki kerajaan koboi Warisan.
Walaupun ketua ketua kampung tolol era Warisan itu belum dibuang tapi kumpulan dan individu yang berfikiran jelek sudah mulai merasa bahangnya kerana pasti sekejap lagi mereka akan berhadapan dengan ketegasan atau peraturan yang adil kerana Allah.
Sekarang baru ada yang nampak kenapa masyarakat harus bersyukur bilamana kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Justeru penolakan terhadap Parti Warisan harus di teruskan, jangan sampai keamanan yang bakal dikecapi kelak akan dimanfaatkan hingga Warisan balik mendapat kedudukan atau kemenangan.
Sujud syukurlah kerana berjaya menggelecek pemerintahan Koboi. Masih belum terlambat untuk bersyukur sempena Tahun baru yang menjelang tiba.
Kesimpulannya jangan pernah benarkan Parti Warisan meletakkan diri mereka balik dalam struktur masyarakat. Binasa kita!
Polis Sabah sudah menafikan kenyataan ini. Adoiiii kin malu
LikeLike
Bab mana yang dinafikan. Jangan menipu, isunya disana adalah angka. Adakah angka itu tipu?
LikeLike