
Adun Tanjung Aru Junz Wong minta puji lah, ada pula yang dia desak kerajaan negeri Sabah berkaitan gangguan letrik atau catuan letrik yang dijalankan SESB.
Dia tahu ke SESB bukan anak syarikat kerajaan negeri Sabah. Ertinya yang bertanggungjawab ke atas SESB ialah Tenaga Nasional Berhad, TNB bukan Ketua Menteri Sabah.
Paluilah Junz Wong ni, semua dia politikkan macam perangai laskar Warisan.
Kiranya kalau pun SESB bermasalah dan rugi yang rugi itu sendiri adalah TNB. Kenapa pula kerajaan negeri Sabah yang dipertanggungjawabkan dan diminta mencari alternatif yang sudah tentu memerlukan wang rakyat Sabah yang berbilion.
TNB syarikat separuh kerajaan antara yang paling kaya di dunia. Jadi mana mungkin membiarkan syarikatnya bermasalah. Tengok sekarang bekalan beransur pulih, walaupun belum sepenuhnya.
Kerosakan Pencawang Masuk Utama SESB Penyebab Gangguan Letrik, Akan Pulih 10.06pm
Sebab itulah kerajaan negeri Sabah, GRS tidak meneruskan langkah kerajaan Warisan mengambil SESB dari TNB. Bukan hanya terpaksa menanggung hutang yang berbilion tapi syarat yang diberikan terlalu berat hingga memungkin Sabah mengalami kerugian.
Masa SESB bermasalah disitulah kerajaan Warisan bercita cita membeli SESB, bukan ke itu tindakan yang tidak cerdik dan ada udang di sebalik batu.
Junz Wong, kau sendiri semasa menjadi Menteri Sabah, dikaitkan dengan dana rakyat Sabah. Kawan Cina saya yang maklumkan.