Isu Air, Letrik Dan Jalan Tinggalan Warisan dan Bung. Rombongan KM Hajiji Ke Mesir Berjaya – Macai UMNO Kamu Tahu?

Tidak faham saya apa yang cuba disampaikan oleh macai UMNO ini. Bukan apa, cepat benar menjatuhkan hujah.

Kata Anti klimaks pun tidak, sebab awal awal lagi membuat kesimpulan bahaw kepimpinan GRS sememangnya hebat yang tidak boleh disangkal oleh musuh sekalipun.

Dikata satira juga tidak sebab kenyataannya itu memang benar dimana kerajaan GRS adalah kerajaan yang berjaya, apa lagi jika dibandingkan dengan kerajaan Warisan sebelum ini. Kerajaan Warisan meninggalkan banyak beban kerja terutamanya isu yang berkaitan dengan keperluan rakyat.

Si Asrama, Macai UMNO Kota Belud rasanya. Mengata yang Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sangat baik hati kerana isu air, letrik dan jalan sudah selesai.

Begitu juga dengan menterinya sangat bijaksana dan prihatin pada rakyat. Sememangnya pun lihat saja aktiviti di kawasan masing-masing begitu aktif selain bantuan pada mereka yang memerlukan. Kalau tidak percaya pergilah tengok page Facebook mereka.

Walaupun niat sebenar mereka kita faham yang itu bukan pujian tapi untuk memburukkan kepimpinan GRS. Tapi mereka harus menerima hakikat kegagalan mereka dan kejayaan kerajaan GRS hari ini.

Hakikatnya isu air, jalan dan letrik sedang dalam proses pemulihan dan ia memerlukan masa yang agak lama.

Isu air, letrik dan jalan raya sebenarnya berlaku era kerajaan Warisan dan sewaktu Bung Mokhtar merangkap jawatan Menteri Kerja Raya Sabah.

Kerosakan jalan raya disahkan oleh Menteri Infra Peter Anthony. Masalah air pula disahkan oleh netizen yang juga pengundi Warisan Semporna. Keterangannya seperti beberapa link dibawah.

Saya masih ingat Bung Mokhtar sendiri ada mengeluarkan kenyataan bahawa jalan jalan di Sabah ada kategori, jalan dalam bandar atau pekan dibawah tanggungjawab kerajaan negeri dan jalan raya utama seperti di kawasan Telupid dibawah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Lebih kurang begitu kenyataan bertulis Bung Mokhtar. Tapi kenapa hari ini macai Warisan dan UMNO menyalahkan kerajaan GRS?

Kerajaan GRS Gigih Membaiki Jalan Seperti Di Bulan Yang Diwarisi Dari Kerajaan Warisan

Krisis Bekalan Letrik dan Air Lebih Teruk Era Kerajaan Warisan (Video)

Menjawab Kritikan Kosong Emak Emak Warisan Berkait Gangguan Air dan Letrik (Video)

Sepatutnya Tidak Ada Masalah Bekalan Air Di Sabah Dll – KM Hajiji (Video)

JANS Punca Bekalan Air Bermasalah Di KKIA, Sepanggar Dan UMS (Video)

Kes Curi Air Di Sepanggar, Kg Melayu dan Kg Delima (Video)

Gangguan bekalan letrik ia disebabkan oleh kelemahan SESB itu sendiri. Hal ini disahkan sendiri oleh pihak syarikat SESB dalam satu sidang media. Ini menunjukkan gangguan letrik tidak dibawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Jawapan tuntas SESB Berhubung Gangguan Bekalan Letrik Baru Ini (Video)

Sikit hari lagi kerajaan negeri Sabah akan mengambil SESB dari TNB. Apa ini bukan isu murni kerajaan GRS?

Lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Menteri Tugas-Tugas Khas ketika itu ke Mesir juga menjadi isu macai berkenaan, menjadi isu kerana macai UMNO itu yang tidak tahu apa apa.

Lawatan kerja Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji dan Menteri Tugas Tugas Khas Datuk Ariffin Arif ketika itu. Selain atas urusan kerajaan, sebagai kerajaan yang prihatin, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor juga bertemu dengan pelajar pelajar Sabah yang berada di Mesir. Apa ia bukan tindakan yang baik demi anak anak Sabah?

Era kerajaan Warisan pula, mana lawatan Ketua Menteri Sabah Shafie ke luar negara, apa yang telah menjadi kenyataan? Cakap saja pandai tapi tin kosong. Itu DUN DUN yang dikuasai Warisan sehingga hari ini terabai, ramai hidup segan mati tak mau.

Bukan hanya itu malah saya di fahamkan, oleh kerana ramai Adun Warisan yang kehilangan punca pendapatan. Ada yang terpaksa menjual hak orang kampung pada tauke tauke Cina dengan menggunakan orang orang yang tampak menyokong kerajaan GRS. Begitu licik mereka membohongi rakyat.

One thought on “Isu Air, Letrik Dan Jalan Tinggalan Warisan dan Bung. Rombongan KM Hajiji Ke Mesir Berjaya – Macai UMNO Kamu Tahu?

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading