Umno, PAS, Bersatu Gabung, Belum Cukup ‘kuat’ Lawan PKR?-Musa Hitam

Sejauh mana benarnya dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Musa Hitam di mana beliau menjangkakan walaupun UMNO, Bersatu dan PAS bergabung di bawah satu khemah namun masih gagal mengalahkan kekuatan PKR.

Sebab UMNO, Bersatu dan PAS benar benar bertunjangkan undi Melayu dan Islam yang tidak lagi relevan di zaman ini.

Berbeza dengan PKR yang berkonsepkan kepelbagaian bangsa yang menjadi daya penarik, begitu kenyataan Musa Hitam.

Soalnya sekarang selepas pilihan raya umum 2018, PKR tidak lagi mendapat sambutan menggalakkan dari orang Melayu kecuali di Selangor dan Negeri Sembilan. Jadi macam mana tu?

Jangan abaikan PAS sangat kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Macam mana tu?

Makanya boleh boleh saja dakwaan Musa Hitam diatas ada kebenarannya tapi hanya berlaku di Semenanjung tidak di Sabah dan Sarawak.

Begitu dengan DAP, walaupun parti ini dianggap milik kaum Cina tetapi semasa Musa memenuhi jemputan untuk melancarkan buku Lim Kit Siang, dia dapati kebanyakan yang hadir adalah golongan muda dan berbangsa Melayu. Ini katanya hal yang serius.

Tapi ada satu faktor besar yang dilupakan oleh Musa Hitam iaitu faktor salah gunakuasa yang telah mengotorkan UMNO sedangkan faktor inilah yang menyebabkan UMNO tumbang pada pilihan raya umum 2018. Oleh itu nampaknya nasib UMNO akan berulang pada pilihan raya umum yang akan datang.

Di Sabah dan Sarawak UMNO ditolak oleh sebahagian besar kaum Bumiputera. Ini kerana orang Sabah sedar dan tahu UMNO ini ditubuhkan untuk mereka yang berbangsa Melayu sedangkan majoriti orang Sabah dan Sarawak bukannya Melayu pun. Apa lagi telah terbukti hampir 30 tahun Sabah dikawal oleh Persekutuan yang ditadbir oleh UMNO namun Sabah masih ketinggalan berbanding di negeri yang lain.

Berbeza dengan parti Bersatu yang bergabung dengan beberapa parti parti tempatan dalam Gabungan Rakyat Sabah atau GRS. Terbukti gabungan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat bila mana mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 berbanding UMNO, malah dua atau tiga calon UMNO kepada calon Bebas.

Kebanyakan calon PN mendapat majoriti besar besar berbanding calon UMNO dan Warisan.

Hari ini Perikatan Nasional atau PN di Sabah lebih dikenali sebagai GRS.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: