
Inilah apa yang dipanggil kerana mulut badan binasa. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Kenapa boleh UMNO kalah teruk pada DAP. Sepatutnya tidak boleh kalah memandangkan setiap tuduhan yang dilemparkan ke atas pemimpin UMNO adalah fitnah semata mata. Begitu pula bila UMNO yang membuat tuduhan pasti ada kebenarannya. He!
Akibat memfitnah Jamal Yunos kalah dalam perbicaraan. Sudahlah kalah terpaksa lagi membayar ganti rugi atau saman sebanyak RM350,000.00 namun gagal dijelaskan.
Oleh itu Ahli Parlimen Seputeh peguamnya SN Nair dan Jaden Phoon akan memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
Jamal kalah pada saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok pada 2017, selepas menuduhnya menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Warga Emas kerajaan negeri
Semalam Jamal Yunos dilaporkan rebah sendiri dalam majlis politik di Sungai Besar hingga dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Di fahamkan Jamal Yunos baru pulih dari penyakit kanser paru paru tahap empat.
Pada 26 Julai, Teresa Kok disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan terhadapnya. Namun tidak ada kesalahan yang didapati.
Ertinya laporan SPRM yang dibuat oleh Jamal Yunos hanyalah laporan kosong semata mata untuk menyusahkan.
Jadi Jamal terimalah musibah ini apa adanya, kau punya mahu juga.

Tinggalkan Jawapan