Bila Jentera Warisan Memfitnah KM Hajiji Sedangkan Shafie Sendiri Tidak Berguna

Kalau kamu mahu tahu erti sebenar cakap tidak serupa bikin apa lagi yang bercakap itu penyokong Warisan yang out of date. Tapi berlagak seolah-olah mereka yang terbaik dan semua orang sebaliknya, nah kamu ikuti tulisan di bawah.

Saya tambah, bukan lagi setakat cakap tidak serupa bikin tapi jauh lebih teruk seperti golongan munafik. Bilamana memburukkan lawan sedangkan dakwaan mereka adalah fitnah semata-mata dan dalam masa yang sama tidak melakukan apa pun kebaikan, walau ke atas kelompok mereka.

Siapa Abu Bakar Tamang ni? alahai!

Dia memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Datuk Masidi Manjun kononnya tidak prihatin pada penduduk kampung Kurnia Jaya yang terlibat dalam kebakaran sejak enam bulan yang lalu. Hanya kerana tidak di jenguk?

Betul-betul tidak sedar diri tugas Ketua Menteri dan Menteri Tempatan itu bukan hanya menjenguk kampung yang terlibat dengan kebakaran, apa lagi jika penduduk kampung itu majoritinya penyokong Warisan yang sengaja kufur nikmat atas apa yang mereka nikmati selama ini dan akan datang. Seperti contoh dulu berstatus pendatang tapi atas rasa kemanusiaan mereka diberikan keterangan diri atau mykad, membolehkan ahli keluarga mereka bersekolah dan bekerja dimana mana. Tapi hari ini parti Warisan pula yang di sokong atau di jilat malah ada yang menjadi tukang fitnah. Alahai!

Daripada Ketua Menteri dan Menteri buang masa dan tenaga menjaga kebajikan kelompok yang tidak reti diuntung aka biawak hidup, adalah lebih baik mereka fokus atau beralih ke kampung lain yang menginginkan perubahan walaupun berada di jajahan Warisan. Lagi berfaedah baik di dunia ini mahupun akhirat kelak.

Bantuan RM18.2 juta yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor kepada mangsa kebakaran bukannya untuk satu dua kampung atau mangsa kebakaran di Kampung Jaya yang terdiri dari totok Warisan. Tetapi peruntukan itu untuk semua perkampungan yang terlibat dalam kebakaran di pantai timur Sabah, khususnya, bagi membina perumahan atau penempatan baharu.

Kebakaran Kg Kurnia Jaya, Tawau dan Bangau Bangau, Semporna Dibina Semula Dengan Kos RM18.2 Juta

Rumah Kebakaran Lok Urai Dibina. Di Semporna Shafie Habuk Pun Tarak

Nah selepas ini jangan lagi ada orang yang sengaja bodoh hingga kebodohan itu menjadi tiket untuk menyebarkan fitnah seperti si Abu Bakar itu.

Ini hah cerita kebakaran di daerah Semporna yang menjadi kubu Shafie Apdal atau parti Warisan sejak “berdekad” yang lalu. Kau buka mata ni wahai Abu Bakar. Hahaha!

Kampung Bangau Bangau terletak di Parlimen Semporna terbakar pada tahun 2018.

Ketika Shafie berkempen sempena PRU 2018 di kampung Bangau Bangau yang wujud sejak 1956. Dia berjanji sambil menitiskan air mata bahawa jika Warisan diberikan kemenangan dan membentuk kerajaan negeri maka dia akan segera membina semula rumah rumah yang terbakar. Waktu itu segelintir penduduk kampung yang bodoh dan denguk ikut menitiskan air mata.

Namun walaupun dua tahun lebih Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah tapi satu batang tiang pun tidak kelihatan. Untuk menutup kelemahan atau pembohongan, kepimpinan Warisan segera mengeluarkan surat pemakluman kononnya bajet telah disediakan semasa kerajaan Warisan, tinggal menunggu masa untuk membina perumahan yang terbakar. Hakikatnya surat itu dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Semporna yang didalangi kakitangan pro Warisan.

Baru baru ini Pegawai Daerah Semporna bersama Ketua Kampung datang melawat tapak kebakaran. Beliau tersenyum melihat papan tanda atau pelan membina semula rumah rumah yang terbakar yang disediakan semasa kerajaan Warisan untuk kempen pilihan raya negeri 2020. Dia kata pelan itu adalah pembohongan, apa yang dibina kalau bajet masa itu pun tidak ada.

Akibat segala pembohongan yang dicanang dan dimainkan oleh kepimpinan Warisan, hari ini komuniti Kampung Bangau Bangau terpaksa membina rumah sementara di tapak “asal”.

Orang kampung bina sendiri rumah sementara selepas diperbodoh oleh Warisan.

Jangan juga ada yang tidak tahu semasa era kerajaan Warisan tidak ada satu pun perkampungan atas air atau darat di Tawau dan Semporna yang diwartakan sebagai perkampungan rasmi. Hanya bila GRS menjadi kerajaan atau Datuk Hajiji Noor menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jadi amatlah memalukan jika masih ada orang kampung yang menyokong Warisan. Ini kerana mengekalkan sokongan walaupun telah di bohong ia hanya menunjukkan mereka masih bodoh dan tidak ada harga diri. Jadi lebih baik orang seperti ini terjun dari bangunan tinggi supaya tidak lagi menyusahkan orang lain.

Jelas kepimpinan Warisan di daerah Semporna hanya menguntungkan kroni dan kerabat mereka, sedangkan orang luar yang tidak ada kaitan dengan mereka dianggap umpan busuk yang tidak berguna. Hanya berharga bila tiba pilihan raya itu pun dinilai 50 ringgit dan itulah harga martabat mereka.

Hari ini kampung Bangau Bangau mengalami perubahan yang positif dan ketara dibawah kepimpinan Ketua Kampung, Laistel Sarakil yang dilantik oleh kerajaan GRS. Walau pun masih dikelilingi oleh beberapa jentera atau totok Warisan dan orang perseorangan yang tidak berpendidikan, tidak berakal dan tidak ada harga diri tapi minat berpolitik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: