



𝗥𝗠𝟭𝟴.𝟮 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝘄𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗻𝗮.
Dugaan besar menyambut bulan Ramadan, lebih kurang 3,012 penduduk Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira dua minggu lalu.
Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM10 juta kepada 608 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Tawau untuk membina semula kediaman mereka manakala RM8.2 juta lagi adalah untuk pelaksanaan segera projek-projek kerosakan harta benda akibat kebakaran di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada tahun 2015.
Sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) juga telah disampaikan kepada seramai 200 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 berjumlah RM500 bagi setiap KIR dan baki 408 KIR lagi akan disampaikan kemudian.
Saya turut simpati dengan musibah yang menimpa mereka. Semoga diberikan hikmah yang lebih baik di sebalik dugaan ini dan semoga sumbangan ini memberi sedikit sinar dalam bulan Ramadan ini.
Upacara majlis penyampaian bantuan dan pengumuman membina semula rumah kebakaran yang ditunggu tunggu oleh mangsa, berlangsung hari ini di daerah Tawau dan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dimana Adun Apas, Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebagai tuan rumah sekaligus menjadi pencetus kepada idea ini.