Sabah Akan Terus Tuntut Pemberian Khas 40%

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus menuntut pemberian khas 40 peratus untuk Sabah berdasarkan Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri tidak akan berputus asa dalam perkara ini.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1983 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sidang video semalam.

Hajiji menjelaskan, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin juga telah bersetuju untuk pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah bagi mentadbir perkara terbabit.
 
Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga bersetuju dengan kerajaan Sarawak bahawa persetujuan TYT hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum cadangan pelantikan dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
 
Katanya, TYT juga bersetuju bahawa satu lagi wakil masing-masing dari Sabah dan Sarawak akan dilantik ke Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Sementara itu, Hajiji turut membincangkan keperluan pos keselamatan diperkasakan di sempadan Malaysia-Indonesia.

“Saya baru sahaja mengadakan lawatan kerja ke tiga-tiga pos keselamatan di sempadan (Burst-Point, Wallace Bay dan Sungai Melayu) di Sebatik, saya dapati terdapat keperluan untuk menaik taraf kemudahan di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan diatas pelantikan wakil dari Sabah sebagai Ahli Lembaga dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau juga menghargai jasa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana membentangkan keperluan naik taraf kemudahan kesihatan di Sabah dan Sarawak. 

Hajiji berharap semua rancangan-rancangan berkaitan dapat dilaksanakan secara lancar dalam kadar segera.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan adalah keperluan menambah Kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang selari dengan semangat pembentukan Malaysia. Perdana Menteri berkata akan membawa perkara itu dalam perbincangan Kabinet Persekutuan.

Sumber Utusan Borneo

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: