Rumah Kebakaran Lok Urai Dibina. Di Semporna Shafie Habuk Pun Tarak

Tidak seperti Shafie Apdal atau kerajaan Warisan sebelum ini.

Walaupun telah berjanji pada mangsa kebakaran atau penduduk kampung, semasa berkempen di pilihan raya umum 2018 yang lepas. Namun hingga hari terakhir parti Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, satu batang tiang pun tidak kenampakan di tapak kebakaran bagi membina semula rumah rumah yang terbakar.

Bahawa kenyataan Shafie semasa berkempen untuk pilihan raya umum ke 14. Sekiranya Parti Warisan berjaya membentuk kerajaan negeri maka menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk membina semula rumah-rumah terbakar di tapak asal.

Mengikut pemerhatian seorang mangsa kebakaran yang hadir mendengar kempen Presiden Warisan di Kampung Bangau-Bangau. Bahawa dia nampak Shafie Apdal menitiskan air mata, kerana kononnya melihat mangsa-mangsa kebakaran yang tidak terbela.

Seolah-olah benar Shafie amat amat bersimpati pada mereka.

Tahu tahu kena kencing hidup-hidup. Hemmm!

Begitulah janji Presiden Warisan, Shafie ketika berkempen di kubo kuatnya.

Malangnya bukan hanya gagal menunaikan janji membina semula rumah yang terbakar. Tapi mandat yang diberikan oleh pengundi hanya digunakan untuk mengurus kerabat dan kroni siput Shafie.

Walhal kerana sokongan yang diberikan oleh orang-orang kampung itulah menyebabkan Shafie dan legasinya menjadi Wakil Rakyat dan menjawat beberapa jawatan Menteri dalam kerajaan BN mahupun dalam kerajaan “Sementara” Warisan Sabah.

Ada dua atau tiga perkampungan besar di Semporna yang terlibat dalam kebakaran besar sebelum kewujudan Kerajaan Warisan iaitu kampung Bangau-Bangau dan Kampung Air. Namun janji parti Warisan semasa berkempen untuk membina semula rumah rumah terbakar gagal ditunaikan. Satu habuk pun tidak ada.

Untuk juga makluman majoriti penduduk kampung Bangau-Bangau dan kampung Air adalah orang tempatan asli. Kalau ada masyarakat yang asalnya pendatang ataupun bukan penduduk asal, itu adatlah kalau di Semporna, tidak boleh di elakkan. Jadi jangan ingat itu perkampungan setinggan.

Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Air wujud semasa lagi era penjajahan British di Sabah. Waktu itu belum ada lagi kampung-kampung yang berhampiran dengan dua kampung berkenaan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan kampung itu wujud sebelum lagi muncul beberapa pemimpin-pemimpin dan penyokong parti Warisan di Sabah. Menunjukkan siapalah pemain politik di Semporna itu tanpa undi daripada dua perkampungan itu, sejak dari zaman USNO lagi sudah menyumbang kepada kestabilan negeri.

Justeru itulah jangan ada yang merasa hairan bila ada dikalangan orang Semporna yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Shafie.

Gambar screenshot di bawah menunjukkan Shafie berada di kampungan Lok Urai, Pulau Gaya Kota Kinabalu yang terlibat dalam kebakaran. Dia kononnya mencadangkan agar rumah yang dibina nanti disusun dengan baik. 🤭

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: