Banner Pegawai Kastam Kota Kinabalu Viral Salah guna Kuasa?

Baru sebentar tadi saya menerima beberapa gambar yang sedang viral, melibatkan gambar seorang pegawai Kastam yang didakwa menerima wang RM300,000 hingga RM400,000 sebulan dari penyeludup rokok, minuman keras dan semua kedai milik bangsa Pakistan.

Kalau tidak silap banner itu digantung dikawasan yang dikenali sebagai Kampung Air jalan menuju ke Gaya Street, Kota Kinabalu.

Apa pun jangan mudah membuat tuduhan melulu sedangkan tidak tahu cerita yang sebenarnyam sebab itu saya padamkan nama yang terpapar di banner berkenaan.

Siapa tahu banner itu hanyalah fitnah semata mata yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang.

Siapa juga tahu pegawai berkenaan enggan lagi bersubahat dengan taiko rokok dan arak serta orang Pakistan yang memiliki premis perniagaan menyebabkan kerjasama mereka selama ini didedahkan.

Kalau benar pegawai itu terbabit dalam aktiviti jenayah maka tindakan mendedahkan secara terbuka seperti ini ada sedikit kewajarannya. Oleh itu tidak hanya terhad kepada pegawai Kastam tapi juga ke atas pegawai keselamatan lain seperti anggota Imigresen dan sebagainya.

Perlu diingat yang menggaji mereka adalah rakyat tidak kiralah apa rakyat itu miskin atau kaya raya sebab setiap sen yang mereka belanjakan akan bertukar menjadi pendapatan negara dan digunakan untuk menggaji kakitangan awam.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: