Semak dan Teliti Fakta Sebenar Sebelum Ulas – Peruntukan Segera RM18.24 Juta

Baru admin perasan ada pula rupanya kritikan mengada ngada yang dibuat oleh DAP Sabah dan disebarkan oleh besi buruk pembangkang Warisan, berkenaan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri semasa kunjungannya ke Sabah pada Khamis kelmarin sempena sambutan Hari Malaysia yang di adakan di Kota Kinabalu.

Pada kunjungan itu Perdana Menteri Ismail Sabri telah mengumumkan peruntukan segera bagi menangani banjir sebanyak RM18.4 juta.

Hakikatnya peruntukan itu hanyalah permulaan bagi mengurus bencana secara berterusan yang dijamin oleh kerajaan persekutuan. Begitu penjelasan benar yang diberikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Titingan.

Malah sebenarnya tanpa pengetahuan pembangkang kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan peruntukan bagi mengurus bencana di Sabah sebanyak RM200 juta. Dimana kira kira RM147 juta daripadanya akan digunakan untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir. Selain RM83 juta untuk pengurusan bencana Covid 19.

Tapi tidak dihebohkan, sebab apa yang penting adalah menjalankan tanggungjawab, bukannya mencari populariti semata mata. Macam pembangkang Sabah itu. Alahai

Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta untuk bantuan bencana di Sabah berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah.

Jadi kepada pembangkang besi buruk Warisan, kalau ia pun terdesak untuk mencari balik kepercayaan rakyat. Janganlah bha membohong, selama ini pun kamu membohong siang dan malam berkaitan jawatan Perdana Menteri Malaysia sekaligus pertukaran kerajaan tapi nampaknya sehingga saat ini kamu masih di posisi pembangkang. Itu menunjukkan pembohongan, provokasi yang kamu lancarkan sikit pun tidak mengubah keadaan. Malah ia hanya menunjukkan yang kamu gagal memahami isu hingga tersembur kritikan yang mengada ngada atau bak kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Titingan ini, semak dulu sebelum mengulas sebarang isu atau peruntukan seperti ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: