Entri ini adalah rakaman perbualan diantara PM Ismail dan Ketua Penerangan PKR Malaysia, Shamsul Iskandar.
Perbualan mereka berkaitan dengan kemelut pembubaran DUN Melaka yang tidak melalui proses yang benar.
Menurut Shamsul dalam hal seperti ini TYT Melaka hanya ada satu pilihan, sama ada melantik Ketua Menteri baharu atau menolak cadangan membubarkan DUN.
PM Ismail dan Shamsul juga bersetuju dengan langkah sepatutnya dimana kedua pihak dipanggil menghadap TYT sebelum membubarkan DUN. Tapi itu tidak berlaku.
Sebab itu yang mengumumkan pembubaran DUN Melaka ialah Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan bukannya pihak Istana.
Sebelum ini tular rakaman perbualan diantara Idris Haron dan PM Ismail juga berkaitan pembubaran DUN Melaka.
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menzahirkan rasa gembiranya pada RMK12 yang baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri.
Dimana RMK kali ini benar benar fokus pada kemajuan negeri Sabah. Pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diumumkan atau dirancang untuk Sabah.
Namun begitu kepimpinan kerajaan negeri amat berharap kiranya kerajaan Pusat dapat menyediakan garis masa yang boleh dijadikan panduan dalam usaha negeri Sabah menuntut elemen yang belum ditunaikan berdasarkan perjanjian 1963.
Antaranya perkara yang telah diumumkan atau di rancang menerusi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) untuk Sabah :-
Perdana Datuk Ismail mengumumkan akan mengagihkan peruntukan 50% dari jumlah peruntukan pembangunan asas di bawah RMK 12.
Begitu juga dengan faktor keselamatan di negeri Sabah akan dipertingkatkan dimana kem tentera akan didirikan di Kota Belud dan FELDA Sahabat serta Kem Batalion Pasukan Gerakan Am di Beluran.
Turut diperhatikan dalam RMK12 ialah peningkatan grid kuasa Sabah-Barat Sabah dan pembinaan loji janakuasa baru untuk meningkatkan bekalan elektrik.
Pos Kastam imigrasi, karantina dan keamanan (CIQS) baru di perbatasan Malaysia Indonesia akan dilaksanakan dalam RMK ini. Dimana CIQS akan di bangun di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan.
Juga termasuk jaringan Digital Nasional dimana Sabah akan mendapat peruntukan sebanyak RM3.1 bilion bagi menaik taraf dan membina menara telekomunikasi Internet 4G dan 5G.
Klinik Kesihatan baru akan didirikan di Penampang dan Beaufort yang menjadi pusat darah di Sabah.
Dalam pada itu Sabah bersetuju dengan cadangan penubuhan unit khas di setiap pejabat daerah di negeri ini bagi menangani masalah kemiskinan.
Ketua Menteri Datuk Hajiji berharap agar semua perkara di atas akan lunas sebelum RMK12 berakhir, yang mana akan dapat memastikan Sabah terus berada dalam pembangunan arus perdana negara.
Tanpa MoU maka kerajaan atau Perdana Menteri Ismail Sabri (PM Ismail) hanya akan bertahan 30 hari.
Begitu penjelasan, Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan kenapa MoU dimeterai bersama pembangkang. Lanjut Tajuddin lagi ia terpaksa dilakukan sebab PM Ismail hanya mendapat sokongan 114 dari ahli Parlimen Bersatu, GRS, GPS dan UMNO.
Soal pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama banyak dengan ahli Parlimen kerajaan. Menurut Tajuddin ia tidak menjadi isu, walaupun pada hakikatnya pembangkang akan lebih kuat dalam pilihan raya umum akan datang pembangkang.
Inilah apa yang dipanggil kesenangan yang bersifat jangka pendek. Hahaha. Pendek pada UMNO lah, tidak pada parti Bersatu atau GRS dan GPS, sebab gabungan ini semakin diterima oleh pengundi masing masing. Buktinya cuba dengarkan parti mana yang hari hari menjadi modal Pakatan Harapan, bukan kah UMNO?
Di Sarawak sudah tentu UMNO tidak wujud. Di Sabah pula, nampaknya menjadi makanan Warisan, apa lagi kalau UMNO Sabah terus bersikap acuh tidak acuh terhadap parti parti kerajaan.
Sebentar tadi belaci Nga Kor Ming mentioned admin di twitter dia kata admin patut sedar dan malu, sebab tanpa pembangkang kerajaan ini tidak akan bertahan lama. Admin balas kamu yang patut yang malu, ini kerana dalam parti lain tidak mendukung penuh kluister Mahkamah, kamu pula yang terhegeh hegeh (lebih kurang begitulah).
Apa pun ini adalah kerajaan Perikatan Nasional sebab Presiden Bersatu yang mencalonkan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Jadi mari pertahankan!
Tanpa MoU, hanya kerajaan 30 hari
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Oleh ASLINDA NASIR
20 September 2021, 9:46 am
Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegram
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berisiko menjadi ‘kerajaan 30 hari’ jika tidak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, tindakan segera itu dilihat sebagai jaminan kerana bilangan yang menyokong kerajaan sangat tipis dengan jumlah 114 sokongan, sekali gus boleh tumbang bila-bila masa.
“Masing-masing nak gunakan kesempatan ambil peluang ini untuk mengukuhkan parti masing- masing. Untuk apa? Persediaan nak menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, apa dia kaedah yang diperoleh parti kerajaan? Apa yang dibuat oleh parti pembangkang? MoU lah. Kalau parti pembangkang dapat peruntukan sama dengan kerajaan, bermakna RM3 juta setiap kawasan, mereka nak berkempen habis-habis, habislah kerajaan.
“Tapi nak buat macam mana? Kalau nak, kita kena bersetuju tawaran itu. Kalau tidak, kita akan ada Perdana Menteri dua minggu sahaja lah. Keuntungan bagi pihak kita, tidak diganggu. Maknanya kita stabil sampai Julai tahun depan.
“(Tanpa MoU) hari ini kita nak lalui hari mendatang pun tercungap-cungap,” katanya ketika ditemu bual, Khamis lalu.
Tajuddin berkata, beliau memahami keadaan Perdana Menteri yang ‘tersepit’ dalam membuat keputusan kerana dalam masa yang sama, Ismail Sabri perlu menjaga kepentingan parti dalam politik.
“Kita sebagai pemimpin memang kena jaga kepentingan parti dan dalam masa yang sama perlu diingat yang kita adalah pemimpin kerajaan. Dia ada dua ‘topi’, satu kerajaan, satu parti. Parti ini ada tatakelola dia sendiri.
“UMNO? Setakat ini okeylah,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, beliau ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah dengan dasar kerajaan yang diputuskan Ismail Sabri tanpa perbincangan dengan parti.
Mengulas lanjut, katanya, meskipun dilihat keputusan Perdana Menteri membelakangi parti, ia mengambil kira semangat menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya mengadakan persefahaman dengan semua pihak termasuk bersama pembangkang.
“Memang nampak mendahului parti, tetapi niat dia baik. Yang di-Pertuan Agong pun dah menasihatkan supaya ada kerjasama dengan pembangkang, jadi dia nak respons pada perkara itu dan dia buat cepat kerana Parlimen dah nak mula bersidang ketika itu.
“Jadi di situ akan wujud satu kestabilan politik yang mengambil konsep ‘menang-menang’ antara kedua-dua pihak,” katanya lagi.
Kerajaan Persekutuan dan PH pada minggu lalu melakar sejarah negara dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.
Perdana Menteri berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen.
Tiga lagi adalah kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.- UTUSAN ONLINE
Baru admin perasan ada pula rupanya kritikan mengada ngada yang dibuat oleh DAP Sabah dan disebarkan oleh besi buruk pembangkang Warisan, berkenaan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri semasa kunjungannya ke Sabah pada Khamis kelmarin sempena sambutan Hari Malaysia yang di adakan di Kota Kinabalu.
Pada kunjungan itu Perdana Menteri Ismail Sabri telah mengumumkan peruntukan segera bagi menangani banjir sebanyak RM18.4 juta.
Hakikatnya peruntukan itu hanyalah permulaan bagi mengurus bencana secara berterusan yang dijamin oleh kerajaan persekutuan. Begitu penjelasan benar yang diberikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Titingan.
Malah sebenarnya tanpa pengetahuan pembangkang kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan peruntukan bagi mengurus bencana di Sabah sebanyak RM200 juta. Dimana kira kira RM147 juta daripadanya akan digunakan untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir. Selain RM83 juta untuk pengurusan bencana Covid 19.
Tapi tidak dihebohkan, sebab apa yang penting adalah menjalankan tanggungjawab, bukannya mencari populariti semata mata. Macam pembangkang Sabah itu. Alahai
Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta untuk bantuan bencana di Sabah berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah.
Jadi kepada pembangkang besi buruk Warisan, kalau ia pun terdesak untuk mencari balik kepercayaan rakyat. Janganlah bha membohong, selama ini pun kamu membohong siang dan malam berkaitan jawatan Perdana Menteri Malaysia sekaligus pertukaran kerajaan tapi nampaknya sehingga saat ini kamu masih di posisi pembangkang. Itu menunjukkan pembohongan, provokasi yang kamu lancarkan sikit pun tidak mengubah keadaan. Malah ia hanya menunjukkan yang kamu gagal memahami isu hingga tersembur kritikan yang mengada ngada atau bak kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Titingan ini, semak dulu sebelum mengulas sebarang isu atau peruntukan seperti ini.
Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham kecewa sebab ada pihak yang menghentikan vaksinasi di peringkat klinik Swasta. Walhal langkah berkenaan telah membuktikan dan bakal menyumbang kepada kejayaan melawan Covid 19.
Perdana Menteri Ismail jangan dengar atau pertimbangkan nasihat kluster Mahkamah atau totok totok UMNO, jika ada. Sebaliknya teruskan saja usaha kerajaan Perikatan Nasional (PM Muhyiddin) yang sedang berjalan dan mulai menunjukkan kejayaan itu, di dalam usaha melawan Covid 19.
Rakyat Malaysia sedia maklum pun kebanyakan orang orang UMNO ni kalau bekerja kualitas bukannya keutamaan tapi sejauh mana ia boleh bertukar menjadi hal yang popular. Walaupun akhirnya memudaratkan atau merugikan rakyat dan kerajaan itu sendiri. Macam cerita 1Malaysia lah ni berhabis menyebarkan propaganda tapi rakyat tetap menjatuhkan kerajaan UMNO.
Nak mencari kelainan lah katakan. Kelainan apa kalau rakyat siang malam menertawakan pendukung kleptocracy.
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan untuk menghentikan vaksinasi di klinik swasta bertentangan dengan nasihat diberikannya.
Noor Hisham berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian doktor swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Noor Hisham berkata keputusan menghentikan vaksinasi di klinik swasta “bertentangan dengan cadangan saya untuk menambah penyertaan klinik swasta.”
Tambahnya, beliau telah melawat klinik-klinik terbabit dan berpuas hati dengan pencapaian mereka.
Terdahulu hari ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa bingung kenapa Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) baru-baru ini membatalkan janji temu di 741 klinik swasta, hospital swasta dan klinik bergerak di Selangor.
Dalam catatan di Twitter, Santiago menyoal Noor Hisham kenapa janji temu berkenaan dibatalkan, selain penutupan pusat pemberian vaksin yang amat diperlukan di Lembah Klang.
“Adakah kita berdepan kekurangan bekalan vaksin? Atau adakah memang salah perancangan seperti biasa,” soalnya sambil turut ‘tag’ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam kenyataannya, Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata 741 doktor swasta itu hanya diberi notis 48 jam oleh CITF untuk menghentikan operasi.
Subramaniam berkata orang ramai lebih mudah pergi ke klinik swasta kerana lebih dekat selain kurang sesak.