Sudah admin katakan, namanya Warisan walaupun telah beberapa kali kantoi tapi baik pemimpinnya mahupun laskarnya akan tetap bercakap seolah olah hal yang mereka cakapkan itu tidak bertentangan dengan sikap dan dakwaan mereka.
Persis muka tembok atau sebenarnya pembohong.
Seperti contoh selain apa yang dinyatakan oleh AMK Sabah di bawah. (berkaitan kenyataan AMK berhubung perjuangan Warisan)
Secara logiknya bila Warisan membuka cawangan di Semenanjung, saat itu juga Warisan sudah tidak layak dipanggil parti tempatan yang kononnya memperjuangkan perjanjian Malaysia dan sebagainya.
Apa sebenarnya yang Shafie mahu dalam politik ni?

Menurut laporan media, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menolak Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan dengan alasan tidak bersengkongkol bersama pencuri mandat Pakatan Harapan.
Namun Ketua Wira WARISAN, Dato’ Mohd Azis Jamman pula menyeru kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan Perikatan Nasional untuk memetarai MoU dengan pembangkang.
Pecanggahan pendirian kedua-dua pimpinan WARISAN dalam isu MoU amat mengelirukan rakyat. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh WARISAN? Adakah WARISAN mahu parti-parti politik terus bergaduh ketika rakyat mengharapkan yang terbaik dari kedua belah pihak?
Suhu arena politik negara dapat diredhakan melalui MoU berkenaan demi memulihkan sistem kesihatan dan ekonomi negara yang rosak akibat pandemik Covid-19. Malah DYMM Yang Di-Pertuan Agong juga memuji kematangan Pakatan Harapan dan Kerajaan dalam mengakhiri kemelut politik sejak Langkah Sheraton.
Di samping itu Pakatan Harapan masih menjadi semak dan imbang dan akan terus tegur, kritik dan lawan jika pihak kerajaan melakukan kesalahan. Tanggungjawab sebagai pembangkang masih sama.
Adakah WARISAN bercadang untuk melawan arus perdana dan nasihat YDP Agong untuk membiarkan pergolakan politik terus berlaku? Adakah ini nilai-nilai murni yang diperjuang oleh Shafie?
Sebagai Penasihat WARISAN, Tun Dr Mahathir Mohamad pula membidas MoU berkenaam serta menuduh ia sebagai satu tindakan sogokan atas pembangkang dan tidak berhasrat untuk menandatangani MoU tersebut.
Ini bermaksud Penasihat WARISAN itu menolak untuk melaksanakan segala yang termaktub dalam MoU berkenaan termasuk melaksanakan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Apa pula kata Shafie berkenaan isu ini?
Warisan kononnya memperjuangkan hak wilayah Sabah dan bercita-cita untuk membebaskan Negeri di Bawah Bayu ini dari cengkaman Kuala Lumpur.
Ketika Mahathir berkata Sabah dan Sarawak adalah lebih kaya selepas kedua-dua wilayah menyertai Malaysia, Warisan hanya berduduk diam dan bertepuk tangan.
Ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) membidas balik Mahathir adalah penyebab sentimen “Sabah untuk Sabahan” dan “Sarawak untuk rakyat Sarawak”, Shafie terus membisu.
Ketika Mahathir mengembangkan BERSATU ke Sabah walaupun pada mulanya Mahathir memberi jaminan bahawa BERSATU tidak akan masuk ke wilayah ini, Shafie terus berdiam malah menyambut kedatangan penasihat WARISAN itu.
Di manakah nilai dan maruah WARISAN di depan penjajahan Mahathir? Ahli WARISAN perlu tepuk dada tanya selera.
*Razeef Rakimin*
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah