Kamu dengar ni, Syed Saddiq adalah pemimpin muda yang gagal. Gagal menurut Nazri Aziz lah, sejauh mana kebenarannya kamu fikirlah sendiri.
Namun kalau kamu tanya admin memang gagal pun, sebab belum apa apa lagi sudah sangkut di Mahkamah kerana flip flop. Macam juga Warisanlah ni, baru dua tahun setengah sebagai pemerintah sudah “wanted” atau di cari oleh SPRM. Alahai!
Kalau ia pun sabarlah dulu. Rakyat faham juga tu mana mungkin pula pengikut yang lebih kaya dari pemimpin atau wakil rakyat. Kalau begitu bagaimana kiranya ada rakyat yang meminta pertolongan, tak kan pula pengikut yang beriya iya menghulurkan pertolongan, betul tak?
Kalau soal melompat parti sebab itu Nazri mendakwa Syed sebagai pemimpin muda yang gagal, ini pada admin tidak tepat, pemikiran politik yang masih ketinggalan zaman.
Nazri juga dalam rakaman ini tidak bersetuju dengan cadangan jawatan Perdana Menteri dihadkan hanya dua penggal. Alasannya kerana bertentangan dengan adat demokrasi.
Tinggalkan Jawapan