Tiada Kerajaan Perpaduan -PM Ismail

Kita tengoklah sejauh mana kenyataan ini mampu dipertahankan oleh PM Ismail. Memandangkan kerajaan perpaduan adalah talian hayat bagi bos besar Perdana Menteri Ismail iaitu Presiden UMNO.

Kerajaan perpaduan bermaksud UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Hanya melalui kerajaan ini kluster dapat meloloskan diri dari semua tuduhan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah.


Tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu Covid-19 dan pemulihan ekonomi melalui platform Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri semalam, dia menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. 

Menurut rakaman video sidang media di Sungai Petani, Kedah, Ismail juga berkata tiada pemimpin pembangkang akan dilantik menganggotai kabinetnya yang akan diumumkan minggu ini.

“(Lantikan) kabinet tidak ada.

“Tiada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang,” katanya.

Ismail (kiri) dan pendahulunya Muhyiddin

Naib Presiden Umno itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan kelmarin menggantikan Muhyiddin Yassin daripada Bersatu yang hilang majoriti.

Jumlah sokongan terhadapnya bagaimanapun lebih sedikit sahaja berbanding Muhyiddin, iaitu 114 daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Dalam ucapan umum sulungnya semalam, dia menyeru semua ahli Dewan Rakyat menggembleng tenaga sebagai “keluarga Malaysia” untuk memulihkan semula negara.

Demi kestabilan politik, dia menawarkan ruang kepada pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini kerajaan menerima respons menggalakkan daripada pembangkang.

Katanya, pembangkang antaranya mahu tahu peranan ditawarkan pada mereka.

“Insya-Allah kita akan berjumpa dengan mereka, berbincang apa yang boleh.

“Kerjasama dengan mereka (pembangkang) bukan bermakna mereka akan ada dalam kabinet.

“Tetapi mereka boleh memainkan peranan dengan menyalurkan idea mereka menerusi Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara (MPN),” katanya.

Malaysiakini

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.