Kerajaan belum pun lagi terbentuk golongan anti-Bersatu dalam UMNO sudah mula timbulkan kontroversi tentang perkara remeh-temeh. Mereka saja nak cari gaduh supaya kerajaan yang baru ini jatuh dan Umno boleh berpakat dengan PKR dan DAP. Ini kenyataan kawan yang berada di seberang sana.
Sememangnya betul pun. UMNO baru nak berputik tapi sudah pun mulai menunjukkan perangai asal mereka, munafik dan menegakkan benang basah serta suka melemparkan kata kata yang berbau provokasi. Lebih terbangsat berbanding semasa mereka menjadi pembangkang. Benar benar bikin mual, kalah di pilihan raya umum tapi last last mendapat kedudukan Perdana Menteri. Itupun masih tidak bersyukur.
Mungkin kluster Mahkamah dan UMNO boleh bersikap bangsat seperti hari ini kalau semasa kerajaan Perikatan Nasional 1.0, mereka tidak mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri Muhyyidin. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, terbuka saja mata, kerajaan Perikatan Nasional yang mereka hentam berbanding kritikan ke atas pembangkang. Pelik bukan!
Oleh itu jangan ada yang merasa pelik sekiranya rakyat Malaysia memandang sepi kerajaan yang diketuai PM Ismail
Sabri ini ya. Sebab rakyat hari ini bukannya bodoh memahami kemelut yang berlaku, terutamanya kemelut yang dicetuskan oleh kluster Mahkamah. Rakyat mesti terfikit untuk apa kemelut itu dicetuskan dan siapa nanti yang mendapat larvanya.