Perkembangan terbaru Presiden UMNO Zahid Hamidi selepas menjatuhkan kerajaan rakyat.
Menurut peguamnya Hisham, Zahid tidak dapat menghadirkan diri di perbicaraan yang dijadualkan hari ini dan dari 6 hingga 9 September kerana sakit dan sedang dirawat di Hospital.
Berani kerana benarlah jangan mencari helah demi untuk menangguhkan perbicaraan. Kalau asyik di tangguh seperti ini semakin yakinlah rakyat yang Presiden UMNO Zahid benar benar telah mencuri wang mereka.
Ini lah masanya Zahid mengurangkan kemarahan rakyat Malaysia setelah dia dan kluster Mahkamah menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang disukai oleh majoriti rakyat Malaysia.
Perkara penangguhan itu dimaklumkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence.
Mungkin Hakim yang arif boleh mereka tipu kerana ada peraturan yang membenarkannya tapi bukan rakyat. Kalau benar sakit sebaiknya Zahid tidur di hospital sehingga 09 September ini dan jangan keluar keluar.
Zahid berhadapan dengan 47 tuduhan rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi dan penggubalan wang haram. Serta menerima wang suapan dari pelbagai projek semasa dia berjawatan Menteri.