GRS Memberi Jaminan Kerajaan Sabah Terus Utuh

KOTA KINABALU: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Negeri dan mendokong mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke 16, pada bulan September lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, beliau telah berkomunikasi dengan semua pemimpin parti komponen GRS berkaitan perkembangan politik terkini di Kuala Lumpur.

“Kami sependapat dan sebulat suara bersetuju bahawa kerjasama dalam kerajaan negeri yang memerintah hari ini, akan berterusan.

“Kami akan terus mendokong mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya negeri yang lalu,” katanya.

Ketua Menteri berkata semua pemimpin GRS juga sepakat untuk mengambil apa jua langkah yang perlu untuk memantapkan dan memperkuatkan lagi kerajaan GRS.

“Saya berdoa agar kemelut politik di Kuala Lumpur dapat diselesaikan dengan segera secara baik dan saksama agar kita dapat menumpukan perhatian dalam usaha menangani ancaman pandemik COVID 19, pemulihan ekonomi dan kestabilan politik,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.