
Banyak sudah artikel yang admin tulis pasal Presiden Warisan dan pernah berjawatan Menteri KKLW selama enam tahun tapi gagal membangun Sabah.
Artikel seperti itu timbul bila pemimpin dan jentera Warisan menyebarkan propaganda yang menggambarkan Sabah negeri yang miskin dibawah kerajaan kerajaan sebelum ini. Walhal bukan orang tidak tahu siapa yang bertanggungjawab pada waktu itu selaku Menteri KKLW kalau bukan Shafie.
Antara yang admin pernah nyatakan bahawa kerajaan BN pernah menyalurkan RM6 bilion pada Kementerian KKLW tapi Shafie selaku Menterinya gagal membuat perubahan khususnya diluar luar bandar. Malah penyelewengan berlaku dalam Kementerian KKLW yang melibatkan FELCRA, MARA dan siasatan ke atas projek loji air di Semporna. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih dalam proses perbicaran di Mahkamah.
Semalam Shafie mengata dirinya melalui kenyataan yang berbau propaganda ketika berucap di perhimpunan haram, menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Kononnya selepas 60 tahun Sabah masih mundur walaupun diperintah oleh BN. Oleh itu katanya Sabah harus ditadbir sendiri dan gejala rasuah mesti dibenteras. Yang lucunya ketika Shafie berucap di sebelahnya ada Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri yang paling lama. Agaknya apa dalam fikiran Tun pada waktu itu? tidak ada guna, kau punya pasallah tamak, tidak pandai jaga orang Sabah sampai miskin tidak sudah!
Kamu faham kah apa yang di cakap oleh Presiden Warisan itu? kah kamu tergelak kerana terlalu tidak melihat cermin.
Jangan cerita pasal orang lain yang disiasat oleh SPRM, Shafie sendiri pernah di pakaikan baju oren. So layakkah dia ni bercakap soal integriti dan kredibiliti?
Kamu tahu juga kan pasal Menteri Infrastruktur Sabah, Peter dan seorang lagi bekas Setiausaha Kementerian Pelancongan yang sedang dibicarakan. Selain siasatan SPRM ke atas loji air di Semporna era kerajaan Warisan.
Nah jangan kamu pelik memang begitu pembangkang Warisan beroperasi. Akan bercakap seolah integriti mereka tidak pernah dipersoalkan walhal sebaliknya.
Sasaran utama Warisan adalah kumpulan masyarakat yang kurang harga diri dan bongok. Semakin tolol dan bongok semakin Warisan suka. Sebab itulah baik era Shafie bersama UMNO mahupun Warisan, sering ada berita dimana penyokong tegar meninggalkan kepimpinan Shafie.
Mungkin ada yang belum tahu, Shafie ni dari jawatan Menteri KKLW hingga ke jawatan Ketua Menteri Sabah, banyak janjinya pada orang orang kampung dan penyokong totoknya tidak ditunaikan.
Tapi kalau sikap nepotisme dan kronisme tidak dinafikan memang jelas sampai ketika bercakap dan berjalan pun macam berada di atas puncak. Punyalah mereka di jaga berbanding penyokong tolol yang hanya pandai mengangguk, terus di pandangan keji oleh golongan yang berpendidikan.
Yang terakhir dari konteks Parlimennya, berjanji membina semula rumah rumah terbakar di Kampung Bangau Bangau, namun sehingga kerajaan Warisan tumbang satu batang tiang pun tidak kelihatan. Walaupun semasa berjanji Shafie sendiri mengalirkan air mata. He! 👎
Pemimpin pembohong hanya untuk penyokong pembohong, bodoh dan kurang harga diri.
Tinggalkan Jawapan