Kenapa DAP Berkerjasama Dengan Warisan. (Pertahankan Hak Bumiputera)

Pendapat dibawah admin ambil dari satu group politik. Pendapat ini cukup bernas dan sama seperti yang admin fikirkan sebelum ini.

Tapi sebelum itu admin memohon maaf terlebih dahulu jika sekiranya perkara yang admin kongsikan ini agak menyinggung hati dan perasaan kawan kawan yang berbangsa Cina, jangan terasa ya. Sebab kenyataan ini ditujukan khusus untuk kaum Cina DAP yang mengundi atau menyokong Warisan.


Salam sejahtera tuan/puan yang dihormati.

Saya hanya pengundi biasa. Persoalan yang saya pikirkan ialah, mengapakah majoriti (90%) malah lebih daripada 90peratus pengundi Cina sepakat mengundi Warisan.
Saya mengemukakan persoalan ini kepada banyak orang dan jawapan mereka semuanya sama iaitu Warisan bersama dengan parti DAP.
Saya bertanya pula, apakah perkaitannya dengan DAP.
Semua menjawab DAP, kerana DAP mahu persamaan status sosial. Maksudnya DAP mahu keistimewaan bumiputera dihapus atau dimansuhkan.

Saya bertanya pula, kenapa ada keistimewaan bumiputera. Mereka menjawab, keistimewaan bumiputera diwujudkan kerana persetujuan antara kaum utama di Malaysia melalui kontrak sosial semasa proses mencapai kemerdekaan. Mereka juga menerangkan tentang kontrak sosial iaitu:

  1. Pengiktirafan kaum cina dan India tentang kedudukan istimewa bumiputera dan sebagai balasannya,
  2. Bumiputera menerima kerakyatan kaum cina dan India yang sedia ada di Malaysia pada masa perjanjian ini diadakan secara jus soli

Soalan saya yang seterusnya, bagaimana mungkin semua ini boleh berlaku. Mereka menerangkan sifat perlembagaan Malaysia ialah BOLEH DIPINDA. Maksudnya, beberapa kandungan perlembagaan boleh diubah atau dimansuhkan.

Soalan saya yang seterusnya, apa pentingnya keistimewaan bumiputera. Mereka menjawab keistimewaan bumiputera adalah untuk membantu golongan bumiputera mendapat peluang pendidikan, ekonomi dan pekerjaan.

Tuan/puan yang dihormati, perkara inilah yang perlu kita fikir secara mendalam. Mahukah tuan/puan bersekongkol dengan WarisanDAP untuk menghapuskan keistimewaan yang dimiliki pada masa ini. Sedarilah bahawa keistimewaan ini dimiliki melalui persetujuan kaum kaum utama sebagai perjanjian utama untuk memperoleh kemerdekaan.

Warisan konon berusaha mendapatkan hak sabahan daripada Malaya tetapi mahu menggadai keistimewaan bumiputera melalui persekongkolannya dengan DAP.

Sedarilah tuan/puan. Jangan tertipu dan tersalah pilih. Jangan bersekongkol dengan WarisanDAP.

PERTAHANKAN HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA.


Pagi tadi admin ada membuat satu entri berbunyi begini. Kini Warisan dan DAP berciuman mulut. Tidak lama macam kita Singapore dibawa keluar dari Malaysia.

Lalu ada yang mengomen katanya admin tidak bernas sebab selama ini Pulau Pinang diperintah oleh DAP tapi tidak pun Pulau Pinang dibawa keluar dari Malaysia.

Admin balas Sabah dan Pulau Pinang adalah dua negeri yang berbeza. Sabah ada perjanjian 1963 sedangkan Pulau Pinang sebuah negeri dalam tanah Melayu. Apa lagi pemimpin dan jentera Warisan sering melontarkan kenyataan bahwa Sabah adalah sebuah negara, maksudnya Sabah boleh meninggalkan Malaysia.

Admin juga ingatkan mereka bahwa DAP adalah jelmaan PAP, parti yang bertanggungjawab membawa Singapore keluar dari Malaysia dan ironinya sejarah sering berulang. Oleh sebab itulah kita sebagai rakyat Sabah harus sentiasa berhati hati.

Lebih kurang begitulah.

Parti Warisan adalah parti yang terdesak, justeru itu sudah tentulah akan sanggup berbuat apa saja asalkan kemenangan memihak mereka. Lihat saja berita di hari pertama undi pos dijalankan, dua anggota keselamatan di cekup bersama sejumlah wang dipercayai untuk merasuah anggota keselamatan atau pengundi pos yang lain.

Sedih. “kawan” admin cakap kalau keadaan ini tidak dapat dikawal, jangan hairan esok esok seorang Raja Dadah boleh bertanding di Sabah untuk mendapatkan jawatan Ketua Menteri Sabah.

Asal bangsa anda termasuk dalam rumpun Melayu atau janji bukan bangsa Cina, mari kita pertahankan hak hak kita dari diniagakan oleh parti Warisan.

Pengakuan DAP sokong autonomi keatas Sabah. Video dibawah. Sokong ada makna tu kawan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: