
Bertepatan dengan hari Jumaat yang barokah ini.
Sebelum ini Shafie menidakkan kritikan jentera Perikatan Nasional keatas slogan Unity atau In God We Trust, Unite We Must yang digunapakai oleh Warisan sebagai tidak Islamic. Namun dinafikan atau dilecehkan oleh kepimpinan Warisan khususnya Presiden Parti Warisan, Shafie.
Maka suka admin meneruskan kritikan itu, secara mendalam.
Kenapa hanya seorang dua calon Warisan yang beragama Islam tidak menggunapakai slogan “In God We Trust” pada poster kempen mereka sebaliknya Shafie dan yang lain terus mempertahan ego mereka. Alasannya kerana slogan Unity itu bertujuan untuk konon menyatukan rakyat, kalau boleh dari Perlis hingga ke Sabah kata mereka. Tapi dalam masa yang menyebarkan propaganda tolak parti dari Semenanjung. Hipokart tak?
Akidah adalah keyakinan seseorang terhadap Tuhan yang dia percayai dan yakini.
Aqidah’ bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘keimanan’ yang murni (hanif) dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Dalam erti kata lain tahap akidah adalah kayu ukur kepada keimanan seseorang, sejauh mana dia berjaya mentauhidkan Allah ke dalam diri dan kehidupannya. Justeru itulah akidah adalah hal yang sangat penting dan sensitif bagi umat Islam.
Kerana itu ulama tersohor ada berpesan. Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan apa lagi kamu.

Satu satu kumpulan yang berkonsepkan Islam akan didakwa sesat sekiranya ajaran yang mereka cuba terapkan bertentangan dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Seperti mana kumpulan Jemaah Islamiah yang telah diisytiharkan sesat atau sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia.
Persoalanny tapi kenapa Shafie masih berdegil, tidak menarik balik penggunaan slogan itu walaupun telah dikritik dan menjadi pertikaian dikalangan umat Islam di negeri ini. Adakah Shafie pemimpin yang beragama Islam tapi tidak mengindahkan akidah. Macam iya sebab sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa semua agama adalah sama di sisi Tuhan. Sebab itulah jangan ada yang terkejut melihat Shafie dalam satu rakaman video seolah olah sedang mengikuti ritual keagamaan orang lain di satu rumah Ibadat.
Menjaga akidah ibarat anda sedang berjalan ditepi sungai di waktu malam yang gelap gelita. Apa lagi jika orang itu adalah seorang Ketua pemimpin yang beragama Islam. Jangan ambil remeh oh.
Pada kawan kawan kawan yang beragama Kristian mohon jangan terasa. Niat entri ini hanyalah untuk menarik perhatian masyarakat yang beragama Islam agar berwaspada. Hari ini musuh agama terus licik memperalatkan pemimpin dikalangan mereka demi merosakkan agama orang lain.
Akidah yang telah menyimpang adalah penderhakan terhadap Allah dan ia lebih jijik dari apapun jenis dosa yang dilakukan dimuka bumi ini.
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking kononnya slogan itu diambil dari tragedi perjuangan yang berlaku di Amerika. Itu hanyalah alasan politik semata mata kerana pada hakikatnya ia berhubung kait dengan penyebaran dan kepercayaan penganut agama di Amerika.
Selain tidak mementingkan akidah, nampaknya Warisan adalah parti yang semborono segalanya mereka halalkan demi kuasa politik
Lihat apa berlaku minggu ini, hari pertama undi pos pilihan raya kecil negeri Sabah. Dua anggota keselamatan di cekup oleh SPRM di Lahad Datu bersama sejumlah wang yang dipercayai akan digunakan untuk merasuah pengundi.

Lihat billboard itu ia bukan angkara mana mana jentera parti politik tetapi kerja alam yang mulai bosan pada Warisan. Ingat tidak ada kejadian yang boleh berlaku di muka bumi ini tanpa keizinanNya.
Apakah insiden gambar sebesar King Kong itu ada kaitannya akidah yang mulai menyimpang sama ada mereka sedar atau tidak. Hanya Allah yang tahu.