
Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas.
UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.
Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.
Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.
Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.
Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.
Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!
- Warisan Kudat Penafian Tidak Memadam Pengunduran, Ingat 23 Calon Hilang DepositPenafian Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua Jr, terhadap dakwaan lebih 2,000 ahli meninggalkan parti di Kudat hanyalah retorik politik semata mata bagi mengawal kerosakan yang dihadapi oleh parti Warisan selepas pemilihan Warisan… Continue Reading →
- KM: Sabah Peruntuk RM2.3 juta Perkukuh Usaha Pencegahan DadahBEAUFORT: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah menerusi peluasan Program TEKAD Sektor Awam dan pemerkasaan SKUAD Antidadah, sebagai komitmen berterusan membendung ancaman penyalahgunaan dadah di negeri ini…. Continue Reading →
- Pemaju Digesa Fokus Tiga Keutamaan Dalam Perancangan Pembangunan Masa DepanKOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa pemaju perumahan dan hartanah di Sabah supaya memberi tumpuan kepada tiga keutamaan dalam perancangan pembangunan masa depan mereka. Beliau berkata, tiga… Continue Reading →
- Curi Karan di Semporna Jangan Salahkan Orang Kampung Bodoh Tapi Mana Tanggungjawab ShafieSemporna dilaporkan merekodkan kadar kecurian elektrik tertinggi di Sabah, iaitu 32 peratus. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan kehilangan hasil kepada Sabah Electricity, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna yang membayar bil. Perkara… Continue Reading →
- Bersuara dari Australia, Merayu Indonesia, Rakyat Sabah KelucuanSebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu yang memperkenalkan diri sebagai orang Sabah telah menarik perhatian. Dalam video tersebut, mereka mendakwa mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah daripada Malaysia, malah dilaporkan meminta bantuan kerajaan Indonesia bagi… Continue Reading →





















Leave a Reply