
Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas.
UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.
Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.
Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.
Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.
Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.
Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!
- Kenyataan Media GRS Alu Alukan Kerjasama Politik Demi Kestabilan SabahGabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan kenyataan YB Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, Ketua Penerangan UMNO Sabah, dan Datuk Raime Unggi, Setiausaha Politik kepada Ketua Perhubungan UMNO Sabah, berhubung usaha memperkukuh kerjasama politik… Continue Reading →
- Sampah Semporna Menggunung Lagi, Mana Hasil Kepimpinan Shafie?Isu sampah di Semporna sudah menjadi masalah ketika Warisan memerintah Sabah. Pada 19 November 2018, The Star melaporkan Semporna sebagai antara daerah paling kotor di Sabah. Dalam tempoh pentadbiran GRS, kebersihan Pekan Semporna… Continue Reading →
- Verdon, Tuntut Peruntukan Tambahan untuk Jalan Negeri Sabah Baru NgamAhli Parlimen Kudat, Verdon Bahanda, wajar membangkitkan aduan penduduk tentang jalan rosak dari Simpang Tiga, Kota Marudu ke Pitas. Namun, cadangannya supaya jalan itu diserahkan kepada Putrajaya bukan bentuk penyelesaian atau menuntut penyelesaian… Continue Reading →
- Perobohan Kampung Pondo, Apa Pendirian Warisan?Pada mulanya, Warisan selaku pembangkang mendesak kerajaan negeri GRS supaya menangani isu penempatan setinggan di sekitar Kota Kinabalu. Apabila Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan beberapa penempatan, termasuk di Kampung Pondo, Pulau Gaya,… Continue Reading →
- KM Saksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander ESSCOMKOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Menara Kinabalu, di sini. Majlis… Continue Reading →





















Leave a Reply