

Isu sampah di Semporna sudah menjadi masalah ketika Warisan memerintah Sabah. Pada 19 November 2018, The Star melaporkan Semporna sebagai antara daerah paling kotor di Sabah.
Dalam tempoh pentadbiran GRS, kebersihan Pekan Semporna bertambah baik, jauh lebih berbanding semasa kerajaan Warisan. Kemudahan awam turut bertambah. Pasar Awam Sejahtera bernilai RM7 juta, dengan 143 meja jualan, berada pada fasa akhir pembinaan pada April 2021 dan dirasmikan pada 10 November 2022. Ini kemajuan yang wajar diambil kira apabila menilai pembangunan Semporna di era kerajaan GRS yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Namun apa bila video pelancong asing mengenai sampah Semporna dilaporkan tular pada 1 Oktober 2025, Shafie kemudian mempersoalkan tindakan kerajaan GRS sambil mempertahankan rekod Warisan. Namun, laporan pada 2018 dan 2019 menunjukkan masalah kebersihan turut berlaku semasa pentadbirannya sendiri.
Aku menulis artikel ini selepas ternampak satu hantaran di Facebook tadi yang menunjukkan sampah mula menggunung di pusat pengumpulan sampah. Keadaan itu menimbulkan kelucuan kerana diluar Semporna Shafie dan jentera Warisan sibuk mengada adakan kekurangan kerajaan Sabah. Bahawa masalah kebersihan Pekan Semporna kembali memburuk seperti era kerajaan Warisan.
Sudah puas kerajaan GRS membangun Semporna, mulai dari sampah, pembinaan prasarana hingga kehadiran pelancong tapi tetap Shafie tidak berterima kasih malah menyalahkan kerajaan negeri. Sekarang giliran Shafie pula yang mengurusnya. Asyik berlagak pandai tapi hasilnya kosong. Sampai bila makan gaji?





















Leave a Reply