
Ahli Parlimen Kudat, Verdon Bahanda, wajar membangkitkan aduan penduduk tentang jalan rosak dari Simpang Tiga, Kota Marudu ke Pitas. Namun, cadangannya supaya jalan itu diserahkan kepada Putrajaya bukan bentuk penyelesaian atau menuntut penyelesaian yang serius. Tapi lebih kepada drama politik yang tidak menguntungkan masyarakat itu sendiri. Sebaliknya jika masyarakat berkenaan terpedaya maka yang hanya mengaut hasilnya hanya Verdon Bahanda, untuk memenangi ilihan Raya Umum/Parlimen yang dijangka tahun hadapan. Dalam isu ini, ada dua kategori yang perlu di bezakan supaya lain kali tidak merapu. Jalan Persekutuan di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Jalan negeri pula di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.
Justeru sewajarnya si Verdon bersikap adil dan ikhlas mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Persekutuan agar memberikan peruntukan yang lebih banyak bagi membiayai penyelenggaraan jalan negeri tanpa mengambil alih jalan tersebut. Bukan dia beretorik mengapi apikan sentimen seolah olah kerajaan negeri tidak bertanggungjawab, lalu berhajat menyerahkan jalan raya Sabah kepada Malaya. Ini pemikiran pemimpin kah atau tidak sikap netizen negara jiran yang suka mengada-ngada menukar isu politik menjadi konten untuk mendapatkan wang.
Verdon sendiri menyebut laluan Jalan itu di bawah JKR Sabah. Jadi jika cadangannya menukar status laluan itu kepada Jalan Persekutuan, prosesnya memerlukan pengisytiharan oleh Menteri Kerja Raya selepas berunding dengan kerajaan negeri. Logik dan boleh berlaku kah? Tidak merasa semakin dijajah?
Jadi cukup dengan hanya menuntut kerajaan Sabah supaya menyatakan berapa kos pembaikan, berapa peruntukan yang sudah diluluskan dan bila kerja akan bermula. Itu pun kalau ada, kalau belum ada, maka sekali lagi menjadi tugas Ahli Parlimen pembangkang termasuk Warisan untuk menuntut peruntukan. Bukan hanya mencari kesalahan kerajaan negeri, GRS.





















Leave a Reply