
2 tahun Warisan memerintah negeri Sabah tapi tidak pernah sekalipun masyarakat Sabah mendengar permakluman bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak sekian-sekian.
Dalam diam kerajaan Sabah dibawah Parti Warisan telah pun menerima royalti 5%, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 bilion dan 2019 sebanyak RM1.5 billion jumlah keseluruhannya RM3.2 billion.
Itupun hanya selepas data yang berkaitan bayaran royalti minyak didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Mohamed ketika bersidang di Dewan Rakyat.
Kemana sudah RM3.2 billion berkenaan dibelanjakan oleh kerajaan negeri Warisan. Kenapa sehingga “tamat” tempoh pemerintahan tiada satu pun pembangunan yang kelihatan yang boleh dijadikan mercu tanda kerajaan negeri Warisan.
Paling tidak sekurang-kurangnya nampak jugalah projek gajah putih yang menggunakan wang dari royalti berkenaan tapi ini pun tidak ada.
RM3.2 bilion boleh menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada anak-anak tempatan Sabah.
RM3.2 bilion boleh menyelesaikan banyak isu dan memajukan setiap daerah di negeri Sabah.
RM3.2 billion boleh menyelesaikan banyak jambatan kayu dan jalan pertanian yang rosak di kampung-kampung.
Sedangkan RM5 bilion yang didakwa oleh Najib telah “dibelanjakan” oleh Shafie sepanjang dia berjawatan Menteri KKLW pun sudah mampu mengangkat namanya. Paling tidak nampak juga rumah PPRT roboh disana sini selain dijadikan kandang kambing. He!
Kemana perginya 3.2 bilion dibelanjakan oleh Ketua Menteri Shafie sebelum meletakkan jawatan?
- Curi Karan di Semporna Janganย Salahkan Orang Kampung Bodoh Tapi Mana Tanggungjawab ShafieSemporna dilaporkan merekodkan kadar kecurian elektrik tertinggi di Sabah, iaitu 32 peratus. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan kehilangan hasil kepada Sabah Electricity, tetapi turut menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna yang membayar bil…. Continue Reading →
- Bersuara dari Australia, Merayu Indonesia, Rakyat Sabah KelucuanSebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu yang memperkenalkan diri sebagai orang Sabah telah menarik perhatian. Dalam video tersebut, mereka mendakwa mahu memperjuangkan kemerdekaan Sabah daripada Malaysia, malah dilaporkan meminta bantuan kerajaan Indonesia… Continue Reading →
- Universiti Awam di Tawau Cadangan Hajiji Atau Shafie?Ternyata cadangan atau idea membina University Awam di Tawau hanyalah pancingan Shafie dan bukanlah idea yang baharu. Seawal 1 Februari 2026, YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, sudah menyambut… Continue Reading →
- 291 Projek Pembangunan Siap Di Sabah – Nizam TitinganSebanyak 291 projek pembangunan siap di Sabah pada 2026, menunjukkan kemajuan pelaksanaan pembangunan negeri. Antara jenis projek yang dikenal pasti ialah kemudahan pendidikan, termasuk Sekolah Menengah Sains Sabah di Kota Kinabalu dan… Continue Reading →
- Pan Borneo Sabah RM155 Juta, Siapa Bertanggungjawab?Menurut laporan Utusan kerajaan bersetuju membayar RM155 juta kepada Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. bagi menyelesaikan pertikaian tuntutan selepas kontraknya ditamatkan pada 2019. Ini ialah penyelesaian tuntutan kontrak, bukannya peruntukan membina jalan… Continue Reading →





















Reblogged this on JalinLuin.com and commented:
Oleh itu kalau ada penyokong dan jentera Warisan berlagak mempersoal kerajaan GRS berhubung jalan raya yang rosak dan bekalan air di Sabah.
Nah tanya mereka balik, bagaimana kerajaan Warisan memanfaatkan royalti 5%. Kenapa jalan raya semakin teruk begitu juga dengan bekalan air bersih. Hari ini kerajaan GRS terpaksa menanggung kegagalan mereka tapi peliknya kenapa pemimpin dan penyokong malah menyalahkan kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Jangan jangan telah dipesongkan untuk kepentingan pemimpin dan kroni Warisan.
Mari undi Warisan,supaya hak hak istimewa peribumi asli sabah turut dirasai oleh bangsa bangsa asing atau para PTI dari LUAR SABAH.
Kerajaaan Warisan adalah satu satunya kerajaan yang mempertahankan rakyatnya terutamanya BANGSA ASING ATAUPUN PTI DARI LUAR SABAH.
*JANGAN GUNA NAMA RAKYAT SABAH UNTUK MEMPERTAHANKAN PTI DARI LUAR SABAH.JIJIKKK