Kemana Royalti RM3.2 Bilion Dibelanjakan Oleh Warisan?

Oleh itu kalau ada penyokong dan jentera Warisan berlagak, mempersoal kerajaan GRS berhubung jalan raya rosak dan bekalan air di Sabah.

Nah tanya mereka balik, bagaimana kerajaan Warisan memanfaatkan royalti minyak 5%. Kenapa jalan raya semakin teruk dan bekalan air bersih masih menjadi masalah. Apa lagi Shafie sendiri pernah memegang jawatan Menteri KKLW yang bertanggungjawab melaksanakan prasarana bandar dan luar bandar.

Ironinya hari ini kerajaan GRS terpaksa menanggung kegagalan mereka tapi peliknya pemimpin dan penyokong Warisan pula yang menyalahkan kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Walhal GRS berhempas pulas membaiki jalan raya di seluruh Sabah. Lihat saja pembaikan jalan raya yang sentiasa berjalan di hampir semua daerah, termasuk di daerah Semporna.

Tanah mendap yang menyebabkan kerosakan jalan aspal dibaiki dengan kos yang begitu tinggi. Seperti yang dilakukan di Jalan Iting Kayu, Lahad Datu dan banyak lagi kawasan yang terlibat.

Jalan aspal pula dibaiki secara berperingkat dalam masa yang sama projek Pan Borneo diteruskan walaupun hampir dua tahun dihentikan oleh kerajaan Warisan. Pelik Pan Borneo yang mendatangkan kebaikan pada rakyat Sabah dihentikan, bila menjadi pembangkang, semua hal dipolitikkan.

Jangan jangan wang royalti 5% itu telah dipesong untuk kepentingan pemimpin dan kroni Warisan. Siapa tahu kan memandangkan sikit pun rakyat Sabah tidak merasa kebaikan dari kerajaan Warisan.

JalinLuin.com

2 tahun Warisan memerintah negeri Sabah tapi tidak pernah sekalipun masyarakat Sabah mendengar permakluman bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak sekian-sekian.

Dalam diam kerajaan Sabah dibawah Parti Warisan telah pun menerima royalti 5%, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 bilion dan 2019 sebanyak RM1.5 billion jumlah keseluruhannya RM3.2 billion.

Itupun hanya selepas data yang berkaitan bayaran royalti minyak didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Mohamed ketika bersidang di Dewan Rakyat.

Kemana sudah RM3.2 billion berkenaan dibelanjakan oleh kerajaan negeri Warisan. Kenapa sehingga β€œtamat” tempoh pemerintahan tiada satu pun pembangunan yang kelihatan yang boleh dijadikan mercu tanda kerajaan negeri Warisan.

Paling tidak sekurang-kurangnya nampak jugalah projek gajah putih yang menggunakan wang dari royalti berkenaan tapi ini pun tidak ada.

RM3.2 bilion boleh menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada anak-anak tempatan Sabah.

RM3.2 bilion boleh menyelesaikan banyak isu dan memajukan setiap daerah di negeri Sabah.

RM3.2…

View original post 59 more words

2 thoughts on “Kemana Royalti RM3.2 Bilion Dibelanjakan Oleh Warisan?

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: