Hah ini jawapan “langsung” ketua menteri Sabah ke atas fitnah dan pembohongan pemimpin dan jentera Warisan yang mendakwa kononnya kerajaan GRS tidak menuntut hasil Sabah 40% dari kerajaan persekutuan.
Menurut mereka ia berdasarkan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Hajiji seperti link dibawah, link ini juga menjawab fitnah mereka.
Warisan Berbohong Pasal MA63 & 40% Royalti Minyak Versi GRS
Tidak cukup dengan semua di atas yang membuktikan kerajaan Sabah GRS konsisten menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.
Saya juga ada menerbitkan artikel yang bertajuk seperti dibawah. Artikel ini ditulis pada tahun 2022 yang mendesak kerajaan persekutuan agar segera menuntaskan tuntutan 40% hasil Sabah. Sekali lagi ini membuktikan kerajaan GRS sejak dari dulu komited menuntut 40% hasil Sabah.
Sebelum laskar Warisan sengaja menyebarkan maklumat kononnya Ketua Menteri Sabah tidak menuntutnya. Munafiknya mereka.
Hasil Kutipan 40% Pulangkan Balik Pada Sabah
KM Hajiji Tetap Menuntut 40% Hasil Sabah, Aziz Jamman Jangan Kuat Minta Puji
Kalau kita ikuti komen atau hujah pemimpin dan jentera Warisan. Kita dapati seolah-olah 40% boleh di tuntut secara paksa, sedangkan siapa pun yang menjadi kerajaan negeri Sabah ia harus dituntut melalui perundingan atau jika terdesak harus dijalankan melalui perundangan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Masidi Manjun sebelum ini. Dimana kerajaan negeri GRS akan menggunakan pendekatan undang-undang jika 40 persen tidak direalisasikan secara total oleh kerajaan persekutuan.
Berdasarkan komen laskar Warisan juga seolah olah Sabah tidak lagi berada dalam kerajaan Malaysia. So sepatunya tuntutan 40% dibuat melalui tribunal antarabangsa. Kalau begitu kenapa Warisan yang menjadi kerajaan di peringkat persekutuan tidak mengugut Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, siapa tahu Warisan akan dikeluarkan dari kerajaan. Hahaha.
Warisan sembang saja yang lebih, hakikatnya semasa mereka menjadi kerajaan negeri, mereka tidak berani membuat tuntutan. Ia berdasarkan dakwaan Tun Dr Mahathir dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut waktu itu. Bahwa Warisan tidak mampu berbuat apa selaku kerajaan negeri dan Warisan takut mengemukakan tuntutan sebab itulah Tan Sri Dr James Jemut menasihatkan Shafie agar selepas itu jangan lagi mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963.