Artikel kali ini membongkar pembohongan Warisan, pembohongan yang dijalankan melalui infografik dan disebarkan di media sosial terutamanya di group group WhatsApp.
Seperti biasa mereka membohong melalui perjanjian Malaysia 1963.
Walhal semasa mereka menjadi kerajaan negeri Sabah. Mereka gagal menuntutnya dan kegagalan itu dinyatakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir. Bahawa Warisan atau Shafie Apdal tidak mampu melakukan apa-apa termasuk ke atas perjanjian Malaysia 1963. Ini bukan fitnah.
Begitu juga kenyataan daripada bekas Menteri kerajaan negeri Warisan, Ewon Benedick yang mendakwa sebenarnya Shafie takut menuntut perjanjian Malaysia dari Tun Dr Mahathir. Hal itu membuat dia tidak faham ini kerana walaupun tidak berkemampuan tapi Warisan terus mempolitikkan perjanjian Malaysia (lebih kurang begitu). Ini bukan fitnah!
Timbalan Ketua Menteri Sarawak juga pernah mendakwa yang kerajaan negeri Warisan tidak berani menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia. Ini bukan fitnah!
Ironinya kepimpinan Warisan terus berbohong dan memfitnah kerajaan GRS berhubung perjanjian Malaysia 1963.
Kononnya GRS menolak perjanjian Malaysia 1963 ini berdasarkan kenyataan akbar yang bertajuk tidak perlu sidang khas bincang MA63 dan bincang 40 peratus hasil negeri Sabah di Dewan Rakyat kurang wajar. Infografiknya seperti dibawah.

Pertanyaannya Betulkah begitu? Mari saya jelaskan.
Isi berita yang bertajuk Tidak Perlu Sidang Khas DUN Bincang MA63 bertarikh 08 Disember 2021 berbunyi begini dan cuba pembaca teliti gariskan bab mana GRS menolak MA63.
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, tiada keperluan bagi mengadakan sidang khas DUN untuk membincangkan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Katanya, ini kerana perkara berkaitan MA63 termasuk Rang Undang-Undang (RUU) yang bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan telah dibentangkan di Parlimen dan bakal dibahaskan.
“Berkenaan dengan sidang khas (DUN), sekarang di Parlimen sudah dibentangkan (pindaan perlembagaan), mengenai MA63.
“Pada pendapat saya, tiada keperluan adakan satu sidang khas, kita harap Ahli Parlimen kita dari Sabah akan bahaskan (di Parlimen),” katanya ketika menjawab celaan ADUN Kadamaian Ewon Benedick dalam sidang DUN Sabah.
Dimana kenyataan GRS tidak menuntut perjanjian Malaysia 1963? Nampak tak pembohongan Warisan.
Begitu juga dengan kenyataan akhbar bertajuk Bincang 40 Peratus Hasil Negeri Sabah di Dewan Rakyat Kurang Wajar. Sebenarnya isi beritanya begini yang sikit pun tidak menunjukkan GRS menolak agenda perjanjian Malaysia 1963. Seperti dibawah.
Isu 40 peratus hasil negeri Sabah yang dikutip kerajaan Persekutuan selaras Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan kurang wajar dibincang atau dibahas dalam persidangan Dewan Rakyat ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, isu kutipan hasil negeri Sabah sebanyak 40 peratus itu kini melibatkan isu perundangan yang telah dirujuk kepada mahkamah untuk diputuskan.
Ini kerana, katanya, membincangkan lebih lanjut dikhuatiri disifatkan sebagai subjudis kepada prosiding mahkamah.
“Oleh itu, pada masa ini, kerajaan tidak dapat memberi sebarang pandangan berhubung perkara itu dan meminta kesemua pihak supaya menghormati prosiding perundangan yang sedang berlangsung,” katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.
Bahayanya WARISAN ni, semua dokumen sejarah juga mereka ubah termasuk tafsir MA63. Waktu kerajaan WARISAN memerintah satu tafair MA63 dibuat bagi menggantikan tafsir MA63 sebelumnya
LikeLiked by 1 person
Setuju tuan. 👍👍👍
LikeLike