Sepatutnya Tidak Ada Masalah Bekalan Air Di Sabah Dll – KM Hajiji (Video)

Ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor ini secara langsung menjawab pembohongan atau retorik yang disebarkan oleh pemimpin dan macai Warisan berkenaan bekalan air serta sedikit berhubung elektrik dan jalan raya yang dikaitkan dengan slogan Sabah Maju Jaya.

Dibawah kenyataan Ketua Menteri Sabah berhubung “fenomena” air, letrik dan jalan semasa berucap di Universiti Malaysia Sabah.

Walaupun sebelum ini telah beberapa pihak pro kerajaan GRS tampil menjelaskan kedudukan sebenar disebalik isu yang dimainkan oleh pembangkang di atas, namun jentera Warisan terus menyebarkan fakta bohong dengan pelbagai cara dan kenyataan, supaya kerajaan GRS dinilai gagal mengurus Sabah.

Tapi tidak semudah tu rakyat Sabah mengakui pembohongan macai Warisan. Apa lagi dalam masa yang sama penyokong kerajaan GRS menjelaskan keadaan sebenar.

Disini kita dapat kesimpulan dan inilah sebenarnya yang diketahui dan dirasai oleh rakyat Sabah. Hakikatnya tidak ada isu air di Sabah sekiranya isu air ini dikaitkan dengan kerajaan. Ini kerana JANS yang membekalkan air tapi mereka juga yang kurang cekap.

Sekarang ni terpulang pada JANS bagaimana mereka dapat mengurangkan ketirisan air. Adakah dengan menguatkuasakan peraturan atau ke meminta bantuan rakyat dengan cara melaporkan kecurian air pada mereka.

Kota Rome pun dibina selama 1000 tahun, Malaysia 60 tahun tak kan Sabah boleh dimajukan hanya dalam tempoh 1,2 tahun. Tapi itulah negatifnya pembangkang.


Warisan Berbohong Pasal MA63 & 40% Royalti Minyak Versi GRS

Video Rasmi KM Hajiji Menuntut 40% Hasil Sabah Dari Persekutuan

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading