
Siapa orang Sabah atau Sarawak yang masih tergerak hati mempercayai UMNO atau Presidennya Zahid Hamidi bila berjanji akan mengangkat martabat Perjanjian Malaysia 1963, sekiranya UMNO mendapat kemenangan pada pilihan raya umum ke 15 yang akan datang.
Memang dia tolol!
Menurut wak Zahid kedudukan Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkatkan sesuai semangat perjanjian Malaysia 1963, apabila UMNO kembali berkuasa selepas pilihan raya umum 15.
Masih adakah rakyat Sabah yang mempercayai pemimpin UMNO seperti Zahid kah yang bukan hanya sudah beberapa kali gagal mempertahankan kenyataannya, tapi juga gagal menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya. Seperti contoh apa bila ada pihak yang mendakwa UMNO bekerjasama dengan PH secara rundingan sulit bagi membentuk kerajaan selepas kerajaan Perikatan Nasional. Dakwaan ini dinafikan tapi berdasarkan rakaman perbualannya dengan Anwar Ibrahim membuktikan kerjasama yang dirancang memang wujud, malah Zahid sendiri telah membuat pengakuan yang suara dalam rakamkan itu memang suaranya.
Zahid memang manusia yang sukar untuk dipercayai apa lagi kalau dia bercakap berhubung perjanjian Malaysia 1963 yang kita maklum UMNO tidak akan berani menunaikannya. Hanya jawatankuasa dari Sabah dan Sarawak bagi menuntut sedikit pertambahan dari konteks 20 perkara pun sehingga hari semacam diabaikan. Namun ia tidak menghalang wakil kerajaan GRS untuk meneruskan tuntutan.
Kalau ada yang ingat Timbalan Presiden UMNO sendiri ada mencadangkan kalau dalam perjanjian 1963 itu diubah supaya mudah direalisasikan. Tapi cadangan ini dianggap bodoh dan menghormati perjanjian Malaysia 1963 yang diusahakan oleh pemimpin Sabah terdahulu.
Zahid juga dalam kenyataan sama mengakui fakta perjanjian Malaysia 1963. Bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, negara Malaysia tidak akan terbentuk. Soalnya sekarang kenapa Zahid baru tahukah? macam budak budak pun ada.
Hakikatnya majoriti rakyat tahu sejarah pembentukan Malaysia hanya pemimpin dan penyokong UMNO yang enggan mengakuinya dan cuba menutupnya dengan kononnya projek jalan raya Pan Borneo. Hahaha, bodoh punya backup.
Jangan kan projek jalan Pan Borneo hata semua isi Kuala Lumpur itu jika di pindahkan ke Sabah ia masih tidak mencukupi dan sikit pun tidak setanding dengan perjanjian Malaysia 1963 dan kekayaan sumber alam Sabah dan Sarawak.
Mengangkat martabat perjanjian Malaysia UMNO bukannya perkara baru memandangkan lebih 30 tahun UMNO mentadbir Malaysia. Tapi tidak berani merealisasikan 20 perkara dalam perjanjian Malaysia 1963.
Hari ini pun Malaysia ketuai oleh Perdana Menteri dari UMNO iaitu Ismail Sabri tapi jawatankuasa menuntut perjanjian Malaysia 1963 masih bertemu jalan buntu, kenap kah?
Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, presiden UMNO dan Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar menggunakan perjanjian Malaysia 1963 sebagai kempen mereka. Namun bila Bung Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, UMNO tidak bekerjasama dengan GRS menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.
Penurunan Kuasa? Lupa Siapa Hampir “Jual” Sabah Dan Mana Manifesto Borneonisasi Versi UMNO?
Autonomi Sabah Versi UMNO Sangat Lucu! 😂
Sarawak Label Timbalan Presiden UMNO Berkait MA63 Baharu Sebagai Gila
Dalam pada itu Zahid Hamidi memuji kerajaan Sarawak atau Ketua Menteri Sarawak Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg apabila berjaya mewujudkan 5 Institusi Pengajian Tinggi milik kerajaan negeri.
Zahid memuji kerajaan Sarawak apa, sedangkan faktor besar yang menyumbang kepada kemajuan Sarawak adalah kerana rakyat Sarawak menolak UMNO dan kepimpinan GPS mengharamkan UMNO dari bergiat disana.
Menurut kajian dan pengakuan dari GPS Sarawak sendiri bahawa faktor kemenangan GPS pada pilihan raya Sarawak 2022 adalah kerana tindakan GPS sebelum ini yang memutuskan hubungan atau kerjasama dengan UMNO.
GPS Menang PRN Sarawak Sebab Tidak Bekerjasama Dengan UMNO/BN