
Bila Presiden UMNO yang ada 47 kes penyelewengan di Mahkamah berlagak taiko dan semua orang Sabah bodoh. Memang bikin geram!
Kenyataan yang dipaksa seolah olah alang malu biar maruah dan martabat hilang sama sekali.
Begitu hinanya penilaian pemimpin pemimpin UMNO terhadap orang Sabah. Mereka tidak terfikir ke sedangkan bangsa Melayu sudah menolak UMNO apa lagi orang Sabah yang tidak kaitan dengan parti UMNO malah UMNO lah yang merompak kekayaan Sabah.
Hakikatnya orang Sabah yang menyokong UMNO hari ini hanyalah golongan kaki projek dan muka tembok macam si Zahid. Golongan yang tidak boleh dipercayai tatkala menyatakan sesuatu walaupun isu itu ada kebaikannya.
Semalam dia mendakwa dengan penuh yakin di hadapan pemimpin dan penyokong UMNO sanggup bodoh. Bahawa UMNO akan kembali memerintah Sabah. Si Zahid juga mendakwa UMNO bukan lagi parti Semenanjung atau parti untuk bangsa melayu tetapi parti kebangsaan.
Nampak benar pembohongnya si Zahid Hamidi, itu bila bercakap di hadapan totok UMNO Sabah. Cuba dia bercakap dihadapan orang orang Melayu di Semenanjung berani dia memisahkan orang Melayu dan UMNO? mangkin lah UMNO nanti dianggap parti sampah.
Dia sendiri selaku Presiden UMNO dalam pilihan raya umum 2022 hanya mendapat 348 undi majoriti. Menunjukkan orang Melayu atau pengundi Bagan Datuk sendiri tidak lagi percaya pada UMNO dan kepimpinannya.
Anak Zahid sendiri kalah dalam pemilihan UMNO untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk.
Anak Zahid Kalah, Rebut Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk
Pada PRK Kimanis Zahid dan pemimpin UMNO lain berjanji jika UMNO menjadi kerajaan akan merealisasikan perjanjian Malaysia.
Tidak lama selepas itu Bung Mokhtar menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, tapi apa, sikit pun tidak menuntut perkara 20, apa lagi Bung juga adalah ahli parlimen yang boleh bersuara di peringkat persekutuan.
Siapa Percayakan UMNO Bila Bercakap Soal MA1963, Memang Tolol
UMNO dilabel pencuri perompak oleh kepimpinan Warisan adalah benar. Lihat apa ada dii Sabah, masih jauh ketinggalan berbanding negeri negeri lain.
Hari ini Zahid dan pemimpin UMNO ingin balik menguasai Sabah macam 50 tahun yang lalu. Kamulah yang palui kalau masih ada yang mempercayainya. Apa lagi pemimpin UMNO sama yang didakwa di Mahkamah kerana mencuri, yang berjanji kepada anda lalu anda mempercayainya.






















Leave a Reply