Penurunan Kuasa? Lupa Siapa Hampir “Jual” Sabah Dan Mana Manifesto Borneonisasi Versi UMNO?

Pemimpin UMNO Sabah

Seperti biasa sembang kari lagi si Rahman Dahlan. Tapi karinya kali ini terlalu pekat sampai mengkantoikan dirinya selaku pemimpin UMNO yang sinonim dengan janji bulan bintang dan kononnya idea luar otak bukan kotak. He!

Sebab itulah walaupun parti Warisan yang baru berumur beberapa bulan dari tarikh pilihan raya umum 2018, tapi mudah mendapat sokongan. Walaupun masih gagal mengalahkan UMNO Sabah yang waktu itu dipimpin oleh orang orang yang berkaliber bukan seperti hari ini, terpalit dengan tuduhan salah gunakuasa di Mahkamah.

Rahman Dahlan, sempena ulang tahun BN sebenarnya ulang tahun UMNO (sebab UMNO yang dimartabatkan, parti UMNO yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan Malaysia sejak awal kemerdekaan sehingga hari ini. Bangsa Melayu di takut takutkan kononnya tanpa UMNO mereka akan terpinggir, tapi bila bertanding menggunakan logo BN.

Jadi lain kali biarlah calon UMNO yang bertanding di Sabah menggunakan logo UMNO. Supaya nanti kemenangan yang di dapat benar benar kerana UMNO.

Rahman Dahlan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, sekiranya peruntukan kewangan diberi kepada negeri maka akan mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan di peringkat negeri.

Oleh itu amat wajar peruntukan kewangan diturunkan pada negeri. Ini menurutnya sejajar dengan kehendak rakyat Sabah, saranan ini menurutnya lagi adalah idea diluar kotak (lebih kurang begitu polemik atau gesaan si Rahman Dahlan).

Betul kah diluar kotak, kah copy paste dan ia hanyalah propaganda UMNO?

Memandangkan mustahil UMNO membebaskan Sabah dari belenggu birokrasi dan perlembagaan serta Sabah sebagai simpanan tetap kerana kekayaan sumber alamnya. Justeru menjadi tanda tanya adakah “idea” Rahman Dahlan ini benar untuk kebaikan rakyat Sabah atau ia hanyalah strategi UMNO supaya diberikan sokongan, walaupun selepas beberapa siri pembohongan selama ini.

Bukan sekali dua Rahman Dahlan terbukti membohong, tapi telah terbukti beberapa kali sebelum ini. Mari admin buktikan, antaranya.

1. Rahman Dahlan pernah mendakwa kononnya laporan PAC tidak pernah diatur atau diubah, ini kerana  dia sendiri adalah Ahli Jawatankuasa PAC, so dia tahulah laporan itu diubah atau tidak.

PAC adalah badan yang ditugaskan supaya tadbir urus awam sentiasa berjalan dengan baik. Kalau ada isu yang melibatkan wang rakyat atau yang berkaitan maka pihak tersangka akan dipanggil dan disoal siasat.

Namun dalam perbicaraan Najib di Mahkamah berhubung skandal 1MDB. Saksi menyatakan laporan PAC untuk 1MDB telah diatur atau diubah mengikut kehendak pemimpin UMNO, antaranya Rahman Dahlan.

Rahman Dahlan terlibat mengatur soal jawab berhubung 1MDB yang bertujuan untuk menafikan penyelewengan yang berlaku.

So masih layakkah Abdul Rahman Dahlan diberikan kepercayaan?

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/791709/laporan-audit-1mdb-ada-2-versi-saksi

2. Lama sebelum ini Rahman Dahlan mempertikai cadangan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor supaya penurunan kuasa melalui JPPS dilaksanakan di negeri Sabah tapi ditentang oleh Rahman Dahlan. Hari ini Rahman Dahlan bercakap soal yang sama, siap dipanggil idea. Sembang kari betul.

Baca link di bawah yang menjadi jawapan kepada perkara 2 di atas.

Pertanyaannya kenapa idea penurunan kuasa melalui JJPS sebelum ini ditentang oleh Rahman Dahlan?

Dalam pilihanraya negeri Sabah tahun 2020 Rahman menjajah agenda Borneonisasi akan kononnya ditunaikan jika UMNO menjadi kerajaan.  Hari ini Perdana Menteri Malaysia adalah pemimpin UMNO begitu juga dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah juga dari UMNO. Lalu kemajuan apa sudah dicapai berkaitan agenda Borneonisasi versi UMNO, sudah ada yang berjaya dilaksanakan atau ditunaikan?

Baca link di bawah, UMNO menjanjikan autonomi tapi sehingga hari ini habuk pun tidak melekat, pun begitu UMNO tanpa malu masih bercakap soal penurunan kuasa. Alahai kau lah UMNO aka Rahman Dahlan oiii.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: