Sarawak Label Timbalan Presiden UMNO Berkait MA63 Baharu Sebagai Gila

Pemimpin GPS Sarawak berpendapat cadangan atau idea Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) supaya perjanjian Malaysia 1963 diperbaharui sebagai gila.

Ya benar tu gila sebab pemimpin UMNO menganggap perjanjian Malaysia 1963 seolah olah tidak ada nilai.

Ada pula perjanjian yang membentuk Malaysia dipermainkan seperti itu. Betul kurang ajar!

Tok Mat jangan ingat rakyat Sabah ni macam penyokong UMNO Sabah yang kamu anggap rakyat kelas kedua ya, sebab apa pun yang kamu cakap akan dianggap benar, walaupun andai satu hari kamu mendakwa pokok itu Tuhan mereka juga akan percaya.

Ini orang Sabah ada maruah dan harga diri. Jangan ingat Sabah ini sebesar kampungmu di negeri Sembilan ya.

Sial betul pemimpin UMNO seorang ni, kalau ahli UMNO di doktrin supaya setia pada parti dan memartabatkannya. Tapi tentang perjanjian Malaysia 1963 boleh pula diubah ubah ya?

Oiii. Perjanjian Malaysia 1963 lebih bernilai berbanding UMNO apa lagi dari konteks Sabah dan Sarawak.


Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemimpin politik tidak perlu mengubah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk kepentingan politik.

Beliau menegaskan bahawa MA63 adalah “dokumen asas yang membawa kepada pembentukan sebuah negara”.

Karim berkata, hanya kerana BN berkuasa di Sabah sekarang, tidak bermakna ia boleh menentukan dan menukar dokumen itu secara unilateral.

“Umno tidak boleh menentukan (bagaimana MA63 sepatutnya dibuat). Itu gila,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan Mohamad.

“Ia bukan perjanjian penyewaan yang boleh anda ubah selepas beberapa tahun tertentu. Anda tidak boleh hanya memotong dan menukar mengikut kehendak dan keinginan anda atau untuk kepentingan politik.”

Mohamad atau Tok Mat, yang juga timbalan presiden Umno berkata, MA63 baharu perlu ditunjangi semangat dan konteks baharu dalam memulihkan hak dan kepentingan Sabah.

Karim, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata pemimpin seperti Mohamad “datang dan pergi”, dengan muka baharu akan mengambil alih jawatan tertinggi dalam satu atau dua dekad.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia boleh menjangkakan pemimpin baharu ini mula “memotong dan menukar dokumen MA63 sekali lagi”.

“Berapa banyak MA63 yang mereka mahukan?” soalnya.

“MA63 telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dan harus dilindungi. Kita tidak sepatutnya ada MA63 baharu untuk sesuaikan dengan parti atau pemimpin politik sekarang.

PBB adalah parti utama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri empat parti memerintah Sarawak.

Sumber FMT

5 comments

  1. Wah2 Tok Mat .. jgn menconteng muka anda dgn arang ya ..jgn Cuba mo jadi hero…terlalu nda ngam…. Rakyat Sabah harus bangkit mulai dari sekarang supaya Umno tidak lagi berada Di Bumi Sabah…. Tiada lagi fix deposit…boleh2 Sabah dianggap “Fix Deposit” oleh Umno…..bangunlah Rakyat Sabah …lihat Rakyat Sarawak mereka lagi pintar tidak benarkan Umno berada d Sana…

    Liked by 1 person

  2. Boleh ..klu na ubah..batalkan dulu ma63.bererti sabah sarawak merdeka dulu dan semua kuasa2 sebuah negara merdeka harus di miliki oleh sabah sarawak.hutang2 malaya harus di lunaskan dulu..sesudah itu baru buat perjanjian baru dgn menekankan sabah sarawak dan malaya 3 negara membentuk persekutuan malaysia dgn ma22.adavka malaya berani…

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: