
Kenapa Puad tiba-tiba mengaitkan Najib Razak dengan banduan Guantanamo? propaganda membodohkan ahli UMNO lagi kah ni!
Datuk Puad Zarkashi tahukah rata rata penghuni atau banduan Guantanamo itu siapa?
Sebelum ini Puad Zarkashi mempersoalkan ubat generik yang diberikan pada banduan Najib Razak, dimana pada UMNO ubat itu tidak wajar dan Puad mengesa agar jangan layan Najib macam banduan Guantanamo.
Guantanamo ni adalah pusat pemenjaraan mereka yang terlibat dengan keganasan atau sebagai pengganas antarabangsa. Di penjara Guantanamo tidak ada kesalahan melibatkan jenayah yang biasa dilakukan dalam masyarakat seperti mencuri, merompak, menyamun atau jenayah politik.
Kalau kamu membuat sedikit kajian berhubung banduan Guantanamo, maka kamu akan dapati rupanya mereka bukan calang calang orang, kebanyakannya alim dan warak atau practical religion.
“Kesalahan” yang mereka lakukan sangat berkaitan dengan agama, penindasan dan keadilan, kerna itulah mereka terpaksa bangkit dan memberontak.
Pemenjaraan mereka juga tidak diadili di Mahkamah.
Sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh Najib ialah melanun memasukkan wang rakyat ke dalam akaun peribadinya dan diadili di Mahkamah untuk tempoh yang cukup lama iaitu empat tahun.
Justeru itu mustahil Najib di penjarakan Guantanamo.
Begitulah “mulianya” banduan Guantanamo berbanding pemimpin UMNO atau kluster Mahkamah, Puad oiii!
Berbalik pada isu ubat yang dibekalkan pada Najib Tun Razak.
Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga pemimpin UMNO. Bahawa ubat yang dibekalkan pada Najib adalah sama seperti mana kenyataannya dibawah.
“Najib diberikan ubat (untuk) tekanan darah tinggi. Tetapi diberi ubat generik. Ubat yang sama.
“Dia dulu ambil ubat ‘original’ sebab dia beli daripada hospital swasta. Bila dirujuk di HKL, kita ada ubat formula sama yang diberi di hospital kerajaan. Ubat itu sama. Formula sama. Tetapi bentuk generik,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM).
Jelas tiada diskriminasi yang dikenakan terhadap Najib, apa lagi ini kerajaan yang dipimpin oleh UMNO jadi mustahil pula UMNO membunuh “Tuhan” mereka. Hanya Puad yang sengaja bodoh dan mengada ngada.
Tinggalkan Jawapan